Wednesday, November 27, 2013

KESN SAMPINGAN PONSTAN


Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebakan bahaya yang serious pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang (inflamation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration), dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-awal.

Pesakit warga tua paling mudah dapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil Asprin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepada dan sebagainya, akan mendapat masaalah ini. Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok serta mempunyai sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease.

KESAN PADA KULIT

PONSTAN juga boleh menyebabkan reaksi yang serius pada kulit, iaitu exfoliative dermatitis, toxic epidermal necrolysis (TEN) dan Steven Johnson Syndrome. Tanda-tanda awalnya ialah ruam kulit dan bengkakan pada sekeliling mata. Pesakit harus terus berjumpa kerana berjumpa doktor kerana ianya tanda alergik pada Ponstan yang amat teruk, dan boleh melibatkan nyawa.


KESAN PADA GINJAL

Ponstan juga dilaporkan boleh menyebabkan masaalah ginjal jika diambil tanpa peraturan. Antaranya penyakit ginjal seperti acute interstitial nephritis dan pendarahan dalam air kencing (haematuial), proteinuria, glomerulitis, papillary necrosis dan Nephrotic Syndrome. Pemeriksaan darah untuk ginjal (ie Renal function test) harus diperiksa secara berkala.

KESAN PADA HATI (LIVE)

PONSTAN harus diberikan secara berhati-hati kepada pesakit yang mempunyai masaalah dengan penghadaman dan fungsi dalam organ hati. Ini bermakna setiap bacaan SGOT dan SGPT dalam ujian darah bagi ujian fungsi hati sebanyak 2 kali lebih tinggi dari bacaan normal haruslah berhati-hati ketika menggunakan ponstan.

KESAN PADA SEL-SEL DARAH

ponstan 500 mg boleh menyebabkan prothrombin, iaitu komponon dalam darah yang bertindak dalam fungsi pembekuan darah menjadi rendah. Ponstan tidak boleh diberikan kepada pesakit yang mengambil ubat warfarin atau pesakit yang mempunyai kandungan kepekatan prothrombin yang berada dalam tahap 10 - 20% dari normal.



 KESAN KESAN LAIN

PONSTAN juga harus diberikan berhati-hati kepada pesakit asthma. Bagi mereka yang mengamalkan ubat perancang, ada juga kajian menunjukkan kadang-kala ianya mengurangkan keberkesanan pencegahan kehamilan ini terutama bagi mereka yang mengamalkan IUCD.

KESAN PADA WANITA MENGANDUNG

NSAIDs menghalangkan pembentukan prostaglandin yang penting diakhir kehamilan, menyebabkan bayi dalam kandungan bermasaalah. Antaranya penutupan saluran darah dijantung (closure of the foetal ductus arteriosus), masaalah ginjal, menyebabkan darah cair pada bayi, dan proses bersalin yang lama. Ponstan tidak diberikan terutama beberapa hari sebelum proses bersalin.

PENGGUNAAN PADA IBU YANG MENYUSUKAN ANAK

Sedikit kuantiti PONSTAN yang terdapat pada susu ibu yang memakan Ponstan, boleh tersebar pada bayi yang menyusu itu. Tidak digalakkan ibu mengandung yang menyusukan anak memakan PONSTAN sebagai ubat tahan sakit.

PENGGUNAAN PADA KANAK-KANAK

Penggunaannya tidak digalakkan pada kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah.

2 comments:

Anonymous said...

Hurrah! In the end I got a blog from where I know how to in fact obtain valuable facts regarding my study and knowledge.


My page ... Beats Dre

Anonymous said...

Hello there, I found your web site by means of Google whilst searching for a similar subject,
your site came up, it appears to be like great.
I have bookmarked it in my google bookmarks.
Hi there, simply changed into alert to your weblog via Google, and found that it's truly informative.
I'm gonna be careful for brussels. I'll be grateful in the event you
proceed this in future. Lots of people might be benefited out of your writing.
Cheers!