KOPI
dapat melindungi tubuh daripada kanser rahim dan prostat selain dipercayai mampu
memanjangkan usia.
AMALAN
minum tiga cawan kopi setiap hari dipercayai dapat merendahkan risiko menghidap
kanser hati sehingga 50 peratus.
Sekumpulan
penyelidik perubatan dari Itali turut mendapati bahawa minuman berkafein itu
dapat menurunkan risiko sejenis kanser hati iaitu karsinoma hepatoselular (HCC)
sehingga 40 peratus.
Menurut
ketua pengkaji, Dr. Carlo La Vecchia, minuman itu juga terbukti dapat
menghindarkan pesakit daripada penyakit diabetes yang menjadi salah satu punca
kanser hati.
"Keputusan
penyelidikan ini membuktikan bahawa tabiat meminum kopi dapat memberi manfaat
kepada tubuh.
"Bagaimanapun,
sejauh mana amalan meminum kopi dalam mencegah penyakit tersebut masih belum
dapat dipastikan," katanya dalam laporan Clinical Gastroenterology and
Hepatology.
No comments:
Post a Comment