Wednesday, November 27, 2013

KESN SAMPINGAN PONSTAN


Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebakan bahaya yang serious pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang (inflamation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration), dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-awal.

Pesakit warga tua paling mudah dapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil Asprin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepada dan sebagainya, akan mendapat masaalah ini. Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok serta mempunyai sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease.

KESAN PADA KULIT

PONSTAN juga boleh menyebabkan reaksi yang serius pada kulit, iaitu exfoliative dermatitis, toxic epidermal necrolysis (TEN) dan Steven Johnson Syndrome. Tanda-tanda awalnya ialah ruam kulit dan bengkakan pada sekeliling mata. Pesakit harus terus berjumpa kerana berjumpa doktor kerana ianya tanda alergik pada Ponstan yang amat teruk, dan boleh melibatkan nyawa.

Saturday, November 23, 2013

PRODUK DISENARAI HITAM KEMENTERIAN KESIHATAN

“Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.” 

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan,Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkanproduk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yangmengandungi kandungan produk herba.
 
“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan
bahan memudaratkan bagi memberi kesansegera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,”  katanya kepada Berita Minggu.

Tuesday, November 19, 2013

KENAL PASTI KALORI


Seseorang perlu mendapatkan berat badan yang ideal bagi memastikan tahap kesihatan berada pada paras sewajarnya. 
 
Kajian menunjukkan purata rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mengambil 2,500 kilokalori (kcal) sehari. Angka tersebut melebihi daripada jumlah disarankan iaitu 2,000 kcal sehari untuk lelaki dewasa dan 1,500 kcal untuk wanita dewasa.

Mengenali Malaysia sebagai ‘syurga makanan’, membuatkan rakyatnya sukar untuk menolak ‘godaan’ sekali gus menjerumuskan masyarakat di negara sebagai antara yang menghadapi ancaman obesiti. 

Secara umumnya pengambilan lebihan 500 kcal sehari boleh meningkatkan berat badan sebanyak setengah hingga sekilogram dalam seminggu atau dua hingga empat kilogram dalam sebulan. Apatah lagi jika ia tidak disusuli dengan aktiviti kecergasan. 

Memburukan lagi keadaan apabila kesedaran dan pengetahuan tentang jumlah kalori yang perlu diambil dalam kalangan masyarakat masih rendah.

Jurulatih kecergasan terkenal, Kevin Zahri berkata, tubuh seseorang memerlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil terlalu banyak dan tidak dibakar, akan ditukar menjadi lemak yang tersimpan dalam badan.

Keadaan ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

RISIKO DIABETES KETIKA HAMIL


Wanita yang bercadang untuk hamil dinasihatkan menjalani ujian gula darah bagi mengelakkan komplikasi. 
 
RAMAI dalam kalangan wanita hamil menghidap kencing manis, yang dikenali sebagai diabetes gestasi. Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. 

Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. 

Semasa kehamilan, badan seorang ibu akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. 

Jika badan tidak boleh menyediakan insulin tambahan, si ibu akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan menimbulkan diabetes gestasi. 

Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 

Boleh dikatakan semua orang mengetahui mengenai komplikasi yang melibatkan pesakit diabetes. 

KANSER NET SERANG DALAM SENYAP



Kanser tiroid kerap dialami wanita. 
FIONA (bukan nama sebenar), 61, sudah menghidap asma sejak berusia lapan tahun lagi. Walaupun sentiasa berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan penyakitnya itu, dia tidak pernah mengetahui bahawa dalam masa yang sama dirinya menghidap kanser net.

Fiona hanya menyedari kanser tersebut merebak sejak dua tahun lalu apabila mempunyai beberapa simpton kanser net.

Dia mengakui, sebelum menghidap kanser net tidak pernah mengetahui tentang penyakit tersebut sehingga dia sendiri mengalaminya.

Dia antara pesakit kanser net yang berpeluang mendapatkan rawatan lanjut ketika penyakit tersebut masih berada pada peringkat awal.

Net adalah istilah kanser umum untuk kumpulan kanser yang jarang ditemui dan berkembang dengan perlahan.

Kanser ini dibentuk daripada sel dalam sistem endoktrin yang berselerakan . Kanser ini biasanya ditemui pada paru-paru atau sistem gastrousus tetapi juga boleh berpunca daripada bahagian badan yang lain seperti pankreas, ovari dan testis.

Perunding Onkologi, Prof. Madya Datuk Dr. Fuad Ismail berkata, kanser net semakin meningkat di seluruh dunia dengan purata insiden di negara Barat adalah lebih kurang tiga atau empat kes bagi setiap 100,000 orang.

Wednesday, November 13, 2013

BAHAYA KANSER MULUT


Tanda-tanda kanser mulut boleh bermula dengan ulser yang mungkin tidak sakit tetapi berterusan lebih tiga minggu.- Gambar hiasan 
 
TAHUKAH anda ulser mulut yang tidak sakit sebenarnya berbahaya? Ini merupakan tanda awal kanser mulut yang tidak disedari pesakit itu sendiri. 

Bukan itu sahaja, penggemar sirih turut dinasihatkan menghentikan tabiat mengunyah daun itu kerana mampu meningkatkan risiko kanser mulut. 

Ya, walaupun kanser mulut bukanlah antara penyakit yang tergolong dalam kategori penyakit kronik, namun jika dilihat kepada sejarah, masyarakat di Asia ialah mereka yang paling berisiko kerana kaitannya dengan tabiat memakan sirih, merokok dan juga kesan daripada alkohol.

Kanser mulut adalah penyakit malignan yang meliputi bibir, lantai mulut, bahagian dalam pipi, lidah dan gusi. Lebih 90 peratus kes barah mulut membabitkan lapisan luar mukosa mulut yang dikenali sebagai karsinoma sel skuama.

Tuesday, November 12, 2013

DAUN BETIK PENGUBAT DENGGI


RAMAI mengetahui buah betik adalah kaya dengan vitamin A dan C.

Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa daun betik juga boleh digunakan dalam merawat demam denggi.

Satu kumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang diketuai oleh Dr. Soobitha Subenthran telah menemui bahawa jus daun betik dapat meningkatkan bilangan sel platlet darah di dalam pesakit demam denggi.

Kumpulan tersebut telah bekerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor bagi melakukan kajian klinikal ke atas 228 pesakit demam denggi dan demam denggi berdarah.

Separuh dari pesakit tersebut telah diberikan 50 gram jus daun betik selama tiga hari berturut-turut.

Dalam masa yang sama, bacaan bilangan sel platlet darah pesakit-pesakit telah diambil selama dua hari.

Didapati bahawa pesakit yang menerima jus daun betik mempunyai kadar bilangan sel platlet yang lebih tinggi berbanding pesakit yang tidak mengambilnya.

Penemuan ini amat penting kerana sehingga kini, kaedah rawatan demam denggi adalah hanya dengan kaedah pemindahan cecair atau darah.

Menurut kumpulan penyelidik tersebut di dalam artikel kajian yang berjudul ‘Carica papaya Leaves Juice Significantly Accelerates the Rate of Increase in Platelet Count among Patients with Dengue Fever and Dengue Haemorrhagic Fever’ terbitan jurnal ‘Evidence Based Complementary and Alternative Medicine’.

Penemuan ini mungkin akan memainkan peranan yang penting di dalam pengurusan demam denggi pada masa akan datang.

MINYAK KITAR SEMULA DIKHUATIRI ADA LEMAK BABI...


Mudah proses produk terpakai untuk masak daripada jadi bahan biodiesel

Kuala Lumpur: Proses menjernihkan minyak masak terpakai yang terlalu mudah dan murah mendorong pengusaha menukarkannya kepada minyak masak kitar semula berbanding biodiesel. 
Dengan hanya menggunakan asam keping atau asam jawa, minyak masak terpakai yang hitam pekat bertukar lebih jernih dengan tekstur lebih ringan dalam beberapa minit saja. 

Kementerian Kesihatan mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung pengimportan, pengilangan dan penjualan minyak masak terpakai diproses semula termasuk alamat premis terbabit, supaya hubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat“ Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

Pengeluar biodiesel berasaskan minyak masak terpakai, Jaafar Abdullah (gambar), berkata minyak masak terpakai terlebih dulu dimasak dengan asam keping selama beberapa saat pada suhu 60 hingga 70 darjah Celsius sehingga berbuih dan dibiarkan sejuk serta sisa di dalamnya mendap.

Katanya, bahagian permukaan minyak kemudian ditapis dengan sejenis karbon yang diaktifkan bagi mendapatkan minyak lebih jernih atau sekurang-kurangnya 60 peratus jernih. 

“Minyak sudah jernih itu kemudian dicampur dengan minyak masak baru sebanyak 20 peratus, bergantung kepada jumlah minyak yang ditapis tadi,” katanya.

Sunday, November 10, 2013

SEMBILAN WAKTU MUSTAJAB NASIHATKAN ANAK



Sangat sesuai untuk ibubapa yang mempunyai anak terutama yang sedang membesar dan memerlukan banyak bimbingan serta tunjuk ajar.
Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :
1-Sebelum anak tidur
2-Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga)
3-Selepas anak bangun tidur
4-Selepas anak mandi
5-Selepas anak solat
6-Selepas anak membaca al-Quran
7-Selepas anak berdoa
8-Selepas anak beriadah
9-Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak)
Ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :
Surah al-Baqarah (apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).

Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”

Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”
Insyallah….Wallahualam.

Sumber: http://mustaqimmah.blogspot.com

BAGAIMANA NAK JADI TEKUN?


Bertanyalah Diri, Apa Yang Allah Mahukan?

Orang yang cuba mencapai piawaian tertentu dalam kerjanya biasanya akan tekun melaksanakan tugasannya itu. Pernahkah kita mengambil berat tentang piawaian Allah dalam setiap kerja kita?

Rahsia menjana kuasa ketekunan luar biasa dalam diri seseorang ialah memahami apa yang dilakukannya itu dari ‘kasut’ Ilahi. Bertanyalah pada diri, apa yang Allah mahukan daripada kerjaku ini?

Allah Mahukan Kita Mengamalkan Islam yang Syumul

Allah mahukan kita mengambil Islam secara keseluruhan sebagai sistem hidup kita. Bukan separuh-separuh. Bukan cebisan-cebisan. Bukan mengikut selera kita sahaja.

Firman Allah SWT, “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara keseluruhan. Janganlah kamu mengikuti  jejak langkah syaitan.” (Al-Baqarah:208).

Contohnya, kita bukan sahaja tidak makan khinzir dan minum arak dalam aspek pemakanan bahkan tidak mendekati zina sebelum berkahwin dalam aspek muamalat.

Piawaian Allah supaya kita mengamalkan Islam secara keseluruhan akan memotivasikan diri untuk berusaha dengan tekun dan lebih tekun. Realitinya,  ia memang sukar  dilaksanakan. Namun, ia memberi kita target untuk dicapai.

UNTUK TENANG… KENANG AKHIRAT



Kaabah dibina oleh insan yang paling baik (Nabi Ibrahim AS), manakala piramid dibina oleh insan yang paling jahat (Firaun laknatullah).
Bagaimana  dengan kita yang melihatnya?

Bagaimana  kita boleh mendapat kebaikan ketika melihat Kabah atau piramid? Semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya. What you see, is what you get – apa  yang kita lihat, itu yang kita akan dapat.

Jika Kaabah dilihat dengan mengambil ibrah dan barakah  insyaAllah, kita akan mendapat kebaikan. Sebaliknya, jika Kaabah dilihat dengan rasa untuk menunjuk-nunjuk (kerana kita berbangga berada di situ), maka kita akan mendapat keburukan dan kerugian.

Sekalipun melihat piramid yang dibina oleh insan terjahat, kita boleh mendapat kebaikan hasil mengambil iktibar. Namun, sekiranya dilihat dengan penuh kebanggaan atau sekadar ‘melihat-lihat’, maka pandangan itu menjadi sia-sia walaupun mungkin tidak jatuh kepada dosa. Ya, bukan apa yang dilhat itu yang penting tetapi bagaimana kita melihatnya!

Apa yang menentukan bagaimana kita melihat sesuatu? Kata bijak pandai, “who you are dictates what you see” – siapa kita menentukan bagaimana kita melihat. Jika kita melihat segala-galnya sebagai hamba Allah, maka kita akan dapat melihat segalanya daripada persepektif Islam. Ketika itu apa kita akan dapat melihat kebaikan sekalipun pada benda atau perkara yang buruk. Ketika melihat seekor bangkai kambing misalnya, Rasulullah SAW telah mengalih perhatian para sahabat untuk melihat gigi kambing itu yang masih putih.

Justeru, tidak kira di mana atau ke mana       kita pergi… cubalah menjadi orang yang baik, insyaAllah kita akan dapat melihat kebaikan. Bukan hanya Kaabah mampu mengingatkan kita kepada Allah, tetapi piramid juga boleh mengingatkan kita kepada Allah. Kita akan ingat betapa akibatnya manusia paling angkuh (Firaun), namun akhirnya mati terhina walaupun bangunan yang dibinanya masih tersegam kukuh.

Ketika melihat piramid satu ketika itu, saya telah menulis sebuah artikel. Berikut adalah artikel tersebut:

DIET DAN SENAMAN UNTUK PENGIDAP KENCING MANIS


Cara terbaik untuk melawan penyakit kencing manis atau diabetes adalah melalui perubahan gaya hidup khususnya menggabungkan diet dengan senaman. Ini bukanlah perkara baru. Pengkaji diabetes dan para pakar selalu mengesyorkan perubahan gaya hidup sebagai senjata utama melawan diabetes. Pelbagai kajian menunjukkan kemungkinan seseorang mengidap diabetes adalah sangat rendah jika mereka bersenam dan mengamal diet yang sihat. Mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes jika mereka berjaya mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 10 paun.

Ini adalah berita baik untuk mereka yang mempunyai risiko sederhana atau tinggi untuk mendapat diabetes. Perubahan yang perlu dilakukan bukanlah besar atau mendadak. Mereka hanya perlu mengubah sedikit cara hidup demi untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes. Ini adalah sesuatu yang besar bagi setiap individu memandangkan ianya dapat mengawal penyakit yang sangat berbahaya.

Mereka yang obes dan mempunyai berat badan berlebihan sebenarnya mempunyai reseptor insulin yang lebih rendah dari mereka yang mempunyai berat badan normal. Ini menerangkan kenapa mereka yang mengidap diabetes biasanya berat lampau atau obes. Lemak berlebihan membuatkan tubuh individu berkenaan tidak sensitif kepada insulin. Ini bermakna individu yang berat lampau memerlukan lebih banyak insulin dari mereka dengan berat normal. Inilah sebab mengapa mengurangkan berat badan akan mengurangkan dengan banyaknya risiko mendapat diabetes.

Saturday, November 9, 2013

KHASIAT EPAL LEWATKAN PENUAAN.

APABILA usia semakin meningkat, hormon juga mengikut arus rentak perubahan. Lazimnya, sel kulit wajah dan tubuh turut memberi tindak balas dari dalam sekali gus memberi kesan pada permukaan kulit.

Penuaan adalah proses biasa dalam kehidupan, malah tiada siapa mahu kelihatan tua daripada usia sebenar. Kesan penuaan kulit berlaku disebabkan banyak faktor terutama pencemaran alam sekitar, selain gaya hidup tidak konsisten turut mendorong kepada proses penuaan yang cepat.

Jika epal dikatakan memberi manfaat kepada kesihatan jika diambil sebiji sehari, patinya juga memberi seribu kelebihan membantu mengembalikan keremajaan kulit mengikut kehendak sel premium pada kulit.

Sel premium ialah sel induk paling penting pada kulit. Sel berkenaan menjadi sumber utama berlakunya regenerasi epidermis dan menggalakkan pembentukan pigmen baru sekali gus perubahan kulit berlaku.

Bagi mengurangkan kesan penuaan penuaan, kajian menunjukkan bahawa pati epal Uttwiler Spätlauber mempunyai pengaruh positif dalam menghasilkan kelangsungan sel hidup dan resisten terhadap penuaan serta apoptosis sel manusia.

TIPS RENCATKAN SEL-SEL KANSER


Tahukah anda setiap manusia mempunyai sel kanser dalam badan mereka? Sel-sel kanser ini tidak akan dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ia telah berganda sehingga tahap billion.

Setiap individu ada risiko. Sebelum ia merebak, ayuh berjaga-jaga. Ada beberapa tips yang membantu merencatkan sel-sel kanser :

1) Gula merupakan makanan kepada sel kanser. Dengan berhenti mengambil gula, anda sebenarnya telah menamatkan satu sumber bekalan makanan yang penting untuk sel kanser. Stevia,manisan tanpa kalori boleh digunakan sebagai alternative kepada penggunaan gula.

2) Sel kanser hidup dalam persekitaran yang asidik. Makanan berasaskan daging adalah bersifat asidik juga. Mengurangkan segala makanan yang berdaging terutamanya daging merah adalah pilihan yang bijak. Di kebanyakan ladang ternakan, haiwan-haiwan ternakan disuntik dengan antibiotik dan hormon tumbesaran bagi mempercepatkan kadar penghasilan daging.

3) Kurangkan kekerapan minuman kopi, teh dan coklat yang mengandungi kafein yang tinggi. Teh hijau lebih baik dan mempunyai khasiat dalam melawan sel kanser. Bagi air kosong pula, minumlah minuman yang telah ditapis terlebih dahulu bagi mengelakkan toksin dan logam yang terdapat dalam air paip memasuki tubuh anda.

4) Diet yang terdiri daripada sayur-sayuran yang segar, kekacang dan makan buah-buahan adalah tabiat yang sangat kerana makanan-makanan tersebut akan menukarkan badan kepada persekitaran yang lebih berakali.

5) Makanan tambahan seperti antioksida, resveratrol, vitamin dan mineral pula mampu membina sistem imun bagi membolehkan sel pembunuh di dalam badan dapat menghapuskan sel-sel kanser. Vitamin E pula terkenal sebagai pembunuh sel iaitu satu kaedah bagi tubuh untuk menghapuskan sel yang telah rosak atau yang tidak diperlukan secara normal.

6) Senaman secara berkala akan membantu meningkatkan sistem imun dan menggalakkan pengaktifan stem sel dalam badan yang bertindak untuk melawan sel-sel kanser.


Kanser juga merupakan satu penyakit minda, badan dan spiritual. Sikap yang proaktif dan positif dapat membantu melawan penyakit kanser. Sikap seperti pemarah, pendendam dan sering berasa kecewa mampu membuatkan tubuh anda menjadi lebih stress dan dalam keadaan asidik.

RISIKO ALAT DALAM RAHIN

Soalan

ADAKAH penggunaan alat dalam rahim kurang selamat untuk jangkamasa panjang? Bagaimana pula dengan penggunaan kondom? Harap doktor dapat jelaskan. Terima kasih

* Aini, Kedah

Jawapan

Tentang kaedah merancang keluarga, ini bergantung kepada kesesuaian pasangan suami isteri. Kaedah yang sesuai bagi satu pasangan mungkin tidak sesuai bagi pasangan yang lain. 

Kelebihan alat dalam rahim adalah tahan selama lima tahun tetapi boleh dibuka bila-bila masa sahaja. Antara kesan sampingan kemungkinan jangkitan kuman berlaku dan pendarahan haid yang berlebihan atau berpanjangan. 

Tetapi biasanya masalah ini dialami tiga bulan pertama memakai alat tersebut. Selepas itu badan wanita yang memakai alat dalam rahim akan dapat menerima dan menyesuaikan diri tanpa kesan sampingan. 

KondomPenggunaan kondom pula sesuai untuk banyak pasangan. Cuma pemakaiannya mengurangkan kenikmatan hubungan seks kerana antara tubuh suami dan isteri ada pendinding iaitu sarung kondom. Dari segi keselamatan untuk mencegah kehamilan, memang berkesan sekali di samping mencegah jangkitan.
Tiada kesan sampingan yang buruk walaupun digunakan bagi jangka masa panjang. Tetapi bagi pasangan yang mengetahui tentang waktu subur isteri yang biasanya jatuh pada hari ke-11 hingga ke-20 dalam pusingan haid yang dianggap tempoh subur, maka kegunaan kondom hanya dilakukan ketika melakukan hubungan seks pada tempoh subur tersebut.

PENYAKIT KELAMIN


MINI, 19, mendapatkan rawatan doktor setelah mulutnya dijangkiti kudis yang teruk. Pada mulanya Mini enggan memberitahu hal sebenar tetapi apabila diasak dengan pelbagai soalan barulah remaja ini membuka rahsia. 

Katanya bagi mengekalkan dara, dia sering melakukan seks oral dan seks anal dengan pasangan. 

Malah remaja berkenaan juga mengaku sering bertukar pasangan atas alasan tidak cool jika kekal dengan satu pasangan saja. 

Katanya, ini adalah trend baru dalam kalangan remaja yang ingin mengekalkan dara untuk suami masing-masing.

Nampaknya semakin maju negara, semakin banyak masalah sosial yang melanda. Mujurlah sehingga kini rakyat Malaysia masih menjunjung agama, kesusilaan dan adat-resam. 

Bagaimanapun ancaman gejala sosial kini semakin melingkungi generasi Y iaitu anak-anak muda sekarang.
Jika tidak dibendung, dikhuatiri pelbagai masalah sosial sehingga membawa penyakit akan menghinggapi golongan ini khususnya remaja perempuan. 

PENYAKIT BATU KARANG

ASSALAMUALAIKUM, Tuan Haji. Saya mengalami penyakit batu karang sejak empat tahun lalu. Saya sudah menjalani pembedahan membuang batu dari buah pinggang tahun lepas. Tetapi penyakit itu kembali dan saya selalu mengalami kesakitan hingga ke hari ini. 

Kadang-kala keluar darah semasa saya buang air kecil. Bolehkah perubatan Islam merawat penyakit batu karang?

* Akmal, Langkawi

Jawapan

Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah kerap menerima pesakit dengan masalah batu karang. Dianggarkan 15 hingga 20 peratus rakyat Malaysia mengalami penyakit ini semasa hayat mereka. 

Batu karang kerap berlaku di kalangan lelaki berumur antara 20 hingga 40 tahun. Namun, ada juga wanita yang mengalami masalah batu karang. 

Sakit yang dialami biasanya teruk dan tidak hairan jika lelaki dewasa boleh menangis bila sakit batu karang menyerang.

Batu karangBatu karang merupakan butir-butir pepejal keras yang terbentuk di dalam air kencing. Ia boleh terbentik di mana-mana organ badan yang berkait dengan proses pembentukan dan pembuangan air kencing seperti buah pinggang, pundi kencing dan saluran ureter (saluran menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing).

BERSALIN DALAM AIR


Kaedah bersalin dalam air semakin popular di negara ini. 
 
MUNGKIN tidak ramai yang sedar mengenai kaedah bersalin dalam air yang semakin mendapat tempat di negara ini. 

Malah kaedah ini bukan sesuatu yang baru di negara ini walaupun ramai wanita hamil ragu-ragu untuk mencubanya. 

Sebenarnya bersalin di dalam air telah popular di beberapa negara maju sejak akhir 1990-an tetapi ia masih belum meluas di Malaysia. 

Ramai wanita yang masih mempertimbangkan baik-buruk kaedah berkenaan yang mengundang rasa bimbang untuk merasai pengalamannya.

Ramai ibu bimbang dengan risiko anak mereka mungkin lemas semasa dilahirkan di dalam air.

BAHANA MAKANAN TERCEMAR


Peralatan pisau dan papan pemotong juga sepatutnya berasingan antara makanan mentah dan yang sudah dimasak. Seterusnya ialah penggunaan bekas yang berbeza bagi mengelak daripada berlakunya pencemaran bersilang. - gambar hiasan.
 
SEPANJANG minggu ini, anda masih lagi berada dalam suasana kemeriahan menyambut Aidiladha dan memenuhi undangan majlis kahwin. Sambil meneruskan tradisi saling mengunjungi, ketika inilah kesempatan turut diambil untuk menjamu selera dengan pelbagai hidangan tersedia.

Perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bahaya yang mungkin menjelma jika tiada batasan dan kawalan dalam menikmati hidangan.

Ini kerana, keracunan makanan khususnya pada musim perayaan boleh berlaku jika perkara ini dipandang remeh.

Kes keracunan terbaru membabitkan kematian empat tetamu yang menikmati juadah pada majlis kahwin sepasang pengantin baharu di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Yan, Kedah pada 28 September lalu. 

Dalam pada itu, 270 tetamu yang lain ditahan di beberapa buah hospital berdekatan kerana masalah yang sama setelah menikmati lauk kenduri yang dihidangkan. 

SEGERA UBAH GAYA HIDUP


Dari kiri, Dr. Feisal Mustapha, Pengurus Novo Nordisk (Pharma) Malaysia, Henrik Bendix Dahl, Prof. Dr. Nor Azmi Kamaruddin dan Dr. Chan Siew Pheng di majlis pembentangan keputusan tinjauan Kesedaran Diabetes di Malaysia 2012, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dari kiri, Dr. Feisal Mustapha, Pengurus Novo Nordisk (Pharma) Malaysia, Henrik Bendix Dahl, Prof. Dr. Nor Azmi Kamaruddin dan Dr. Chan Siew Pheng di majlis pembentangan keputusan tinjauan Kesedaran Diabetes di Malaysia 2012, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Segera ubah gaya hidup

MASYARAKAT hari ini perlu lakukan sesuatu terutama sekali mengenai amalan gaya hidup harian kerana dalam tempoh 20 tahun akan datang angka-angka hari ini akan bertambah sekiranya tiada perubahan dilakukan." 

Itu antara kerisauan yang diutarakan Presiden Persatuan Endokrin dan Metabolisme Malaysia, Prof. Dr. Nor Azmi Kamaruddin ketika ditemui baru-baru ini di ibu negara pada majlis pembentangan keputusan tinjauan mengenai Kesedaran Diabetes di Malaysia 2012.

URAT KAKI BERSIMPUL

Soalan

DOKTOR, saya rasa amat runsing. Saya mengalami masalah urat simpul dah agak lama. Saya pernah berjumpa doktor dan saya dengar doktor sebut masalah yang saya alami sebagai 'varicose vein'. Makin lama, urat simpul tersebut makin ketara. Saya mudah terasa lenguh-lenguh pada bahagian betis. Saya takut untuk berjumpa doktor lagi kerana sudah tentu mereka akan melakukan pembedahan. Harap doktor dapat membantu. Terima kasih.

n Zarina, Sabah

Jawapan

Jangan runsing, masalah urat simpul adalah masalah yang biasa dialami oleh kaum hawa. Anda mungkin pernah melihat sesetengah orang mempunyai salur darah berwarna ungu atau biru yang kelihatan nyata pada bahagian bawah kaki mereka. Inilah urat simpul (vena varikos). Ia lebih banyak berlaku pada wanita berbanding lelaki. Urat simpul biasanya kelihatan pada kaki, betul-betul di bawah kulit, tetapi ia juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan anda. 

Salur darah atau vena mempunyai injap yang menghalang darah yang sedang menuju ke jantung daripada mengalir secara mengundur. Urat simpul berlaku apabila injap ini tidak berfungsi dengan betul dan dinding salur darah menjadi lemah. Darah terkumpul di tempat yang lemah ini. Apabila ini berlaku, dinding salur darah itu mula meregang dan kendur, salur darah itu sendiri membengkak dan anda boleh melihatnya di bawah kulit. 

Urat simpul berlaku kepada kira-kira satu dalam tiga wanita. Anda lebih berkemungkinan mengalaminya jika ia berlaku pada ahli keluarga yang lain atau jika berat badan anda berlebihan. 

SAKIT JANTUNG MENGANCAM WANITA

SETIAP seorang daripada tiga orang wanita di dunia akan mengalami masalah jantung dalam hidup mereka, berdasarkan kajian, baru-baru ini. 

Pembunuh nombor satu wanita di dunia bukanlah kanser payu dara mahupun kanser pangkal rahim, tetapi penyakit jantung. 

Menurut Persekutuan Jantung Dunia, seramai 17.3 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat sakit jantung dan 8.6 juta daripadanya ialah wanita. 

Fakta ini mungkin mengejutkan ramai orang kerana stigma penyakit jantung sering dikaitkan dengan golongan lelaki sahaja. 

Walhal golongan wanita dan lelaki mempunyai risiko yang sama untuk mendapat penyakit jantung.

Ia lalu membuatkan wanita kurang peka terhadap simptom-simptom yang dihidapi yang sebenarnya berkemungkinan menandakan masalah jantung kerana tidak pernah menyangka sakit jantung akan mengancam mereka. 

Pakar Perubatan dan Pakar Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Dr. Haizal Haron Kamar mengakui kesedaran golongan wanita terhadap ancaman sakit jantung agak kurang kerana stigma ia masalah lelaki. 

KEBAIKAN MADU, GAMAT DAN SUSU KAMBING


Madu, Gamat, Daun ginkgo biloba
 
Untuk mengekalkan tahap kesihatan, pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat adalah penting dalam setiap sajian. Terdapat pelbagai pilihan makanan yang kita boleh ambil. Salah satu sebagai makanan tambahan yang mampu memberikan zat dan nutrien yang tidak terdapat dalam makanan utama. Tiga makanan berikut adalah makanan diperakui sebagai makanan yang bukan sahaja memberikan khasiat tambahan, malah boleh membantu memulihkan pelbagai masalah kesihatan.

Khazanah dari dalam laut

Gamat adalah sejenis haiwan laut yang bernilai tinggi. Ia berbentuk seperti sosej, kulit yang keras dan memanjang. Khasiat gamat telah diperakui sejak sekian lama untuk menyembuhkan luka dan sebagai ubat penahan sakit semula jadi.

Kajian daripada penyelidik tempatan dan luar mendapati bahawa gamat mengandungi kandungan protein, karbohidrat, zat galian dan asid lemak yang tinggi. Ia juga mengandungi pelbagai asid lemak omega-3, dan vitamin A, B1, B2, C beserta garam galian seperti kalsium, magnesium, zink dan zat besi.

Salah satu elemen penting di dalam gamat adalah kandungan kolagennya yang tinggi iaitu sebanyak 92 peratus. Dengan komposisi yang banyak ini, ia mampu memerangi kesan penuaan, kemerosotan prestasi sel di dalam badan manusia malah mempercepatkan pertumbuhan sel-sel baru yang telah rosak.

KULIT TEGANG WAJAH CERIA



KOLAGEN adalah rangkaian protein yang merangkumi seluruh tubuh. Pengambilan kolagen merupakan pengganti kepada suntikan dalam mendapatkan wajah dan bentuk badan idaman.

Ini kerana kolagen merupakan protein yang paling banyak di dalam badan manusia dan merangkumi 85 peratus daripada kulit, otot dan tisu penyambung manusia.

Apabila usia semakin meningkat, paras kolagen semula jadi akan susut dan pada usia selepas 25 tahun, paras kolagen susut pada kadar 1.5 peratus setiap tahun.

Pada usia 40 tahun pula, badan semakin kurang menghasilkan kolagen menyebabkan timbul garis muka, kedut, kulit kendur, kulit kering, wajah kusam tidak bermaya, pigmentasi, kemerosotan penglihatan dan mengakibatkan kerosakan pada sendi, rawan dan tulang.

Gejala penuaan ini kerap berlaku di kalangan wanita berusia 40-an. Mereka akan merasakan diri tidak lagi cantik, rendah diri dan tidak yakin kepada diri sendiri apabila berada di khalayak.

Bagaimanapun, seseorang itu harus berasa yakin bahawa dirinya cantik dan masih ada cara untuk mendapatkan kecantikan semula jadi.

Thursday, November 7, 2013

KOPI KURANGKAN RISIKO KANSER HATI


 
KOPI dapat melindungi tubuh daripada kanser rahim dan prostat selain dipercayai mampu memanjangkan usia.

AMALAN minum tiga cawan kopi setiap hari dipercayai dapat merendahkan risiko menghidap kanser hati sehingga 50 peratus.
Sekumpulan penyelidik perubatan dari Itali turut mendapati bahawa minuman berkafein itu dapat menurunkan risiko sejenis kanser hati iaitu karsinoma hepatoselular (HCC) sehingga 40 peratus.
Menurut ketua pengkaji, Dr. Carlo La Vecchia, minuman itu juga terbukti dapat menghindarkan pesakit daripada penyakit diabetes yang menjadi salah satu punca kanser hati.
"Keputusan penyelidikan ini membuktikan bahawa tabiat meminum kopi dapat memberi manfaat kepada tubuh.
"Bagaimanapun, sejauh mana amalan meminum kopi dalam mencegah penyakit tersebut masih belum dapat dipastikan," katanya dalam laporan Clinical Gastroenterology and Hepatology.

MAKANAN MANIS PENYEBAB JADI PELUPA


DAYA ingatan otak mudah terhakis dengan pemgambilan gula berlebihan.
PENGAMBILAN makanan manis yang terlalu banyak bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan gigi, malah mengakibatkan seseorang menjadi pelupa. 
 
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Neorology mendapati, individu yang memiliki kandungan gula tinggi dalam darah cenderung mengalami masalah ingatan.
Uji kaji dilakukan ke atas 141 responden yang berumur purata 63 tahun. Mereka perlu menghafal 15 perkataan setelah mendengarnya selama 30 minit.
Responden bebas daripada penyakit diabetes serta tidak memiliki masalah memori.
Penganalisis, Dr. Agnes Floel dari Hospital Universiti Berlin berkata, keputusan mendapati, responden yang memiliki sedikit gula dalam darah cenderung memiliki nilai baik berbanding mereka yang kandungan gulanya tinggi.
Diabetes tahap dua dikatakan menjadi faktor risiko terjadinya penyakit Alzheimer.
Namun, keupayaan mengingat tidak hanya berlaku kepada mereka yang mengalami penyakit diabetes tahap dua.

Monday, October 21, 2013

CUKUR JAMBUL AMALAN BIDAAH ORANG MELAYU


ABU HASSAN DIN AL-HAFIZ.


AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)
Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. 

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz. 

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. 

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

“Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?” kata beliau.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain. 

Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan. 

“Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan,” ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran.

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu. 

Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh masyarakat Melayu ialah persandingan dan menepung tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun Islam tidak melarang tetapi dari segi perlaksanaannya ia tetap bertentangan dengan syariat agama. Contohnya, menghiaskan pengantin dan ditambah dengan pelamin yang berhias bunga-bungaan dan sebagainya. Kemudian, pengantin diletakkan di atas pelamin dan diadakan upacara merenjis dan menepung tawar. Malah pengantin perempuan pada hari ini juga cenderung melukis pelbagai bentuk dan corak pada tangan mereka sedangkan ia jelas bertentangan dengan hukum Islam yang melarang sebarang lukisan dilakukan pada anggota badan.

“Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. “Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah sejak masih kecil,” tegas beliau.

Adat cukur jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.

Adat berendoi

Semasa adat berendoi, bayi akan diletakkan di dalam buaian dengan menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.

Sunday, October 13, 2013

Terdapat banyak roti dipasaran Malaysia. Salah satunya adalah roti putih. Selain karbohidrat, roti putih juga mengandungi protein, vitamin dan mineral. Rupanya putih, teksturnya lembut dan harganya berpatutan menjadi faktor orang ramai gemar membelinya. Dikatakan roti putih kurang baik untuk kesihatan kerana : 1. Semasa proses pembuatan roti putih terdapatnya proses penyulingan – roti putih diperbuat daripada tepung putih halus daripada butiran tepung gandum. Ia melalui proses penyulingan sebelum diPUTIHkan dengan agen peluntur kimia yang mengandungi klorin. Setelah itu, tepung akan dikeringkan pada suhu yang tinggi sebelum “gluten” sejenis bahan ditambah untuk menghasilkan lebih udara dalam roti. Impak daripada hasil campuran bahan kimia ini sebenarnya akan memudaratkan tubuh. Metabolisme badan terganggu kerana ketiadaan serat dalam roti yang hilang ketika proses penyulingan. Serat sangat diperlukan tubuh badan untuk melancarkan proses pencernaan, mengawal berat badan, mencegah risiko sakit jantung, kanser dan diabetis. 2. Kandungan karbohidratnya yang tinggi tidak mampu membantu kita untuk mencapai berat badan yang diimpikan. Kecekapan sistem pencernaan akan semakin berkurangan dan ini menyebabkan lemak-lemak terkumpul. Rupa-rupanya 2 keping roti putih bersamaan dengan sepinggan nasi. Kalau macamtu baik la mekar makan nasi. Lebih mengenyangkan ! 3. Kekurangan khasiat dalam roti putih akan menyumbang kepada penyakit Osteoatritis atau tulang rapuh. Keadaan ini selalunya akan berlaku pada tulang belakang, pergelangan tangan dan pinggul yang berubah menjadi semakin nipis, lemah dan mudah retak. info : majalah i-sihat ADMIN : Bertukarlah kepada roti gandum/serat yea Gambar: Terdapat banyak roti dipasaran Malaysia. Salah satunya adalah roti putih. Selain karbohidrat, roti putih juga mengandungi protein, vitamin dan mineral. Rupanya putih, teksturnya lembut dan harganya berpatutan menjadi faktor orang ramai gemar membelinya. Dikatakan roti putih kurang baik untuk kesihatan kerana : 1. Semasa proses pembuatan roti putih terdapatnya proses penyulingan – roti putih diperbuat daripada tepung putih halus daripada butiran tepung gandum. Ia melalui proses penyulingan sebelum diPUTIHkan dengan agen peluntur kimia yang mengandungi klorin. Setelah itu, tepung akan dikeringkan pada suhu yang tinggi sebelum “gluten” sejenis bahan ditambah untuk menghasilkan lebih udara dalam roti. Impak daripada hasil campuran bahan kimia ini sebenarnya akan memudaratkan tubuh. Metabolisme badan terganggu kerana ketiadaan serat dalam roti yang hilang ketika proses penyulingan. Serat sangat diperlukan tubuh badan untuk melancarkan proses pencernaan, mengawal berat badan, mencegah risiko sakit jantung, kanser dan diabetis. 2. Kandungan karbohidratnya yang tinggi tidak mampu membantu kita untuk mencapai berat badan yang diimpikan. Kecekapan sistem pencernaan akan semakin berkurangan dan ini menyebabkan lemak-lemak terkumpul. Rupa-rupanya 2 keping roti putih bersamaan dengan sepinggan nasi. Kalau macamtu baik la mekar makan nasi. Lebih mengenyangkan ! 3. Kekurangan khasiat dalam roti putih akan menyumbang kepada penyakit Osteoatritis atau tulang rapuh. Keadaan ini selalunya akan berlaku pada tulang belakang, pergelangan tangan dan pinggul yang berubah menjadi semakin nipis, lemah dan mudah retak. info : majalah i-sihat ADMIN : Bertukarlah kepada roti gandum/serat yea Kongsi