Saturday, November 23, 2013

PRODUK DISENARAI HITAM KEMENTERIAN KESIHATAN

“Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.” 

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan,Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkanproduk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yangmengandungi kandungan produk herba.
 
“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan
bahan memudaratkan bagi memberi kesansegera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,”  katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit
kronik,termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hatitanpa pengetahuan dan
nasihat doktor. 

Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan
permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihatkesan segera apabila menggunakan produk itu.
Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untukmengurangkan
selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk
tradisional dicampur dengansteroid dan antihistamine.

“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran,walaupun harganya mahal dengan pengeluar
mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan. Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluarterbabit.Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan
syarikat jualan langsung. “Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang
meragukan serta menarik perhatian,” katanya.
 
Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing
RM966,871 bagi 2007; RM858,522(2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).
Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952  yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah,denda maksimum RM50,000.
  
Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine: Kintop Body Beaus BMI-9 Xylimming Capsule
Senna Plus Capsule Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine: Lami Produk berasaskan makanan
mengandungi sibutramine:
 
Obexlim Slimax Coffee Beaute Fit Body Contour Body Trimz Produk tradisional berdaftar yang
mengandungi steroid: 3


57 Nasal Spray Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:  

Makjun Taufiq Dua Istimewa Majun Dua Istimewa Ginseng Jin Fui Wan Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga

Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat) Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill Makjun Syafiq 3 Istimewa Reepo Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:


Air Ikan Haruan Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:


Eriesya Spa Beauty Cream Atika Beauty Renewal Cream Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya


Ratna Sari Whitening Night Cream Tia Amelia Krim Jeragat Chantique Whitening Night Cream RZAC 


White Pearl Cream Nuriz Day and Night Cream Elite Rias Er Cream R&Z Whitening Night Cream
Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream Pigmentation Recovery Complex Zara Rejuvenation Cream
Natasya Krim Herba Gold De Putih Night Cream Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan Qian Tong Dan Raja Ubat Resdung Coral Plus UA 350MG

2 comments:

Anonymous said...

It's a pity you don't have a donate button! I'd without a doubt donate to this excellent
blog! I suppose for now i'll settle for book-marking and adding your RSS feed
to my Google account. I look forward to new updates and will share this
site with my Facebook group. Talk soon!

Anonymous said...

Hi, I do believe this is a great web site.
I stumbledupon it ;) I am going to come back once again since
i have bookmarked it. Money and freedom is the greatest way to
change, may you be rich and continue to help other people.