Tuesday, April 30, 2013

KISAH BENAR: BERLAKU DI GOMBAK, MAYAT TIDAK DITERIMA BUMI

Surau saya pernah menjemput Al-Fadhil Ustaz Abu bakar Abdul Aziz untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Saya berkesempatan untuk berborak dengan beliau ketika kami sama-sama makan setelah selesai ceramah. Antara topik yang dibincangkan ialah pengalaman beliau ketika menguruskan jenazah.

mayat

Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-

Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.

Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.

Sunday, April 28, 2013

Info mengenai Senyum dan ketawa.....


1) merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.


2) memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ?tersenyum? dan menganggap kita gembira.


3) Apabila darah yang ?sudah sejuk? ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ?gembira?.Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.


4) Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.


5) Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebihrendah daripada paras sebelum anda ketawa.


6) Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.


7) terdapat dua jenis ?stress? iaitu stress yang baik dan stress yang  tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik.Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.


8) Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon(protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahananbadan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).


9) Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.


10) Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanandarah tinggi, strok, atritis dan ulser.


11) Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkandiafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakangbadan. Ketawa ?mengurut? organ dalam abdomen dan menguatkan ototabdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaanuntuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi;membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


11) Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gusmeningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.


12) Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal,cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampumenyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

Jadi ada tak senyum hari ni?????

MAKIN RAMAI HIDAP PARKINSON


“PELBAGAI ujian dibuat mengatakan tiada apa masalah pada tangan. Saya tidak puas hati lalu mendapatkan pendapat kedua dari hospital lain.

“Memang langsung tidak terlintas di fikiran bahawa saya sebenarnya sudah mengalami simptom pesakit Parkinson," cerita Samuel yang ditemui di majlis minum petang sempena April Bulan Kesedaran Parkinson Dunia anjuran Persatuan Parkinson Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Akhirnya, selepas mendapatkan pandangan lebih 10 orang doktor baru Samuel mengetahui dirinya kini penghidap parkinson.

Begitupun Samuel tidak mahu menjadikan penyakit yang dialaminya satu halangan untuk melangkah ke hadapan. Sebaliknya dia terus menambah ilmu menerusi bahan bacaan dan Internet.

“Parkinson hanya melibatkan kemerosotan pada pergerakan fizikal. Penyakit ini yang biasa kita dengar melibatkan getaran pada tangan, tapi pada saya tidak terjadi begitu.

“Selepas dua setengah tahun mengalaminya boleh dikatakan amat mencabar minda bukan saja diri saya malah ahli keluarga juga.

“Akibat penyakit ini pergerakan saya amat terbatas. Hendak pakai baju sendiri pun payah. Adakalanya tak boleh dan kaki tidak boleh diangkat sebab terlalu lemah," ujarnya yang kini menjadi Presiden Persatuan Parkinson Cawangan Perak.

Samuel tidak berseorangan menghadapi parkinson pada usia 45 yang boleh dikategorikan agak muda. Ramai lagi yang mengalami masalah sepertinya. Di Perak sahaja terdapat 40 pesakit yang mendaftar dengan persatuan dan wanita berusia 35 tahun adalah yang paling muda menghidapinya.

Saturday, April 27, 2013

DIRI ANDA IALAH APA YANG ANDA MAKAN

KETAGIHAN bukan terhad kepada dadah dan minuman keras sahaja. Ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan. Antaranya ketagihan judi, seks dan makanan. 

Apa sahaja yang diambil secara berlebihan dan menimbulkan mudarat dikira sebagai ketagihan. Ini termasuk makanan segera dan minuman manis berkarbonat. 

Ketagihan makanan berlaku apabila seseorang terlalu banyak memikirkan tentang makanan sahaja sepanjang hari. 

Golongan ini makan bukan sekadar kerana lapar tetapi untuk membuat diri sendiri rasa lebih selesa. 

Mereka terus makan walaupun perut telah menghantar isyarat kenyang.

Ketagihan makanan berbahaya seperti pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan penyakit kencing manis. 

Dalam keadaan teruk menyebabkan pesakit memerlukan rawatan suntikan insulin untuk mengawal paras gula dalam darah.

Badan memerlukan tenaga yang mencukupi dari makanan. 

Tenaga ini diperlukan untuk berfikir dan melakukan aktiviti fizikal. 

CEGAH CAKERA TERANJAK

CARA duduk yang salah seperti membongkok di hadapan komputer terlalu lama boleh menyebabkan sakit belakang dan menyumbang berlakunya cakera teranjak. 
 
SAKIT belakang terutama bahagian tulang belakang sering dianggap perkara biasa akibat daripada kerja keras seperti mengangkat barang terlalu berat atau menyertai sukan lasak seperti ragbi. 

Bagi menghilangkan kesakitan tersebut, ramai yang sering sekadar mengambil ubat penahan sakit, berurut atau menjalani rawatan alternatif dan tidak bertemu dengan pakar bagi memeriksa masalah yang dihidapi.
Bukan tidak pernah mendengar apa itu cakera teranjak atau lebih dikenali sebagai 'slipped disc', tetapi mereka terutamanya golongan muda berasa tidak mungkin menghidapi masalah tersebut kerana ia sering dikaitkan dengan golongan tua. 

Memang kebanyakan pesakit cakera teranjak berusia 40 tahun ke atas, tetapi sekarang dilihat semakin ramai golongan muda menghidap masalah yang sama malah ada yang baru berusia belasan tahun. 


Memburukkan keadaan, cakera teranjak boleh menyebabkan pesakit hilang kualiti kehidupan kerana pelbagai perkara tidak dapat dilakukan dan jika masalah itu berlaku di bahagian leher, pesakit mampu lumpuh.

Perunding Ortopedik, Artroplasti dan Pembedahan Sukan Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Soong Kean Leong berkata, perubahan kelompok usia penghidap cakera teranjak kepada mereka yang lebih muda berkemungkinan berpunca daripada perubahan gaya hidup dan kurang langkah pencegahan dilakukan. 

"Kelompok usia yang ramai mengidap masalah cakera teranjak masih 40 tahun ke atas tetapi semakin ramai golongan muda seawal usia 20-an yang berdepan dengan masalah tersebut. 

"Perubahan tersebut dipercayai berpunca gaya hidup yang tidak sihat. Ramai yang tidak mengambil berat penjagaan tulang belakang dari muda seperti postur badan yang betul ketika berjalan, duduk dan tidur. 

4 LANGKAH GAYA HIDUP SIHAT


Pastikan ada buah-buahan dan sayuran dalam sajian harian anda.
ADAKAH anda bangun tidur sebelum matahari terbit dan pulang ke rumah setelah terbenamnya matahari? Atau adakah anda sering bergegas dari satu mesyuarat ke mesyuarat yang lain setiap hari? Mungkin anda pernah mengalami situasi tersebut malah sering berulang.

Sebaik-baiknya, pencegahan terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, penyakit jantung, kanser dan sebagainya, harus dimulakan sejak kecil, namun masih belum terlambat untuk dimulakan sekarang. Jangan lagi bertangguh atau menunggu sehingga anda mengalami sakit dada baru anda mengambil berat tentang kesihatan. Mula amalkan pemakanan sihat dan kehidupan aktif sekarang.

Langkah 1 - Amalkan pemakanan sihat

Sarapan - Kajian saintifik membuktikan jika anda memulakan hari dengan sarapan yang seimbang, anda boleh fokus, meningkatkan tahap tumpuan, kepintaran dan daya ingatan.

Makan tengah hari - Jangan sesekali tinggalkan makan tengahari tidak kira sibuk manapun anda. Namun begitu, elakkan makan terlalu kenyang yang boleh menyebabkan anda berasa kembung, mengantuk dan tidak produktif.

Makan Malam - Sentiasa ingat untuk mengambil makanan yang seimbang, pelbagai dan tidak makan berlebihan. Pulang awal ke rumah untuk makan makanan yang dimasak di rumah dengan ahli keluarga.

Langkah 2 - Pilih makanan dengan bijak

n Sentiasa memilih makanan yang disediakan dengan cara sihat seperti mengukus, membakar atau sup berbanding makanan bergoreng.

n Pilih makanan rendah lemak, gula dan garam.

n Pastikan ada buah-buahan dan sayuran dalam sajian harian anda 

n Elakkan mengambil terlalu banyak kuah, kerana ia biasanya tinggi lemak dan garam.

n Pilih makanan berasaskan bijirin penuh.

n Pilih makanan tinggi serat.

n Minum banyak air kosong dan elakkan minuman manis dan bergas.

Langkah 3 - Jadi lebih aktif dengan bersenam.

Langkah 4 - Pantau kesihatan anda

Rancang jadual pemeriksaan kesihatan anda secara berkala iaitu bulanan, suku tahun atau tahunan kerana anda perlu sentiasa mengetahui kedudukan tahap kesihatan anda. Anda juga boleh melakukan pemantauan diri sendiri seperti mengukur ketinggian dan berat badan supaya sentiasa dalam keadaan normal. 

 www.nutritionmonthmalaysia.org.my

JAGA KEBERSIHAN ELAK DIAREA

ERNAHKAH kamu mengalami rasa tidak sedap perut seperti memulas-mulas atau kadang kala perut kamu mengeluarkan bunyi yang agak kuat? Mungkin kamu terkena diarea atau lebih dikenali dengan cirit-birit.
Kebiasaannya, situasi sebegini terjadi apabila kamu selesai menghadiri majlis keramaian atau baru mencuba masakan di kedai yang bukan selalu kamu kunjungi.

Kadang kala rasa sakit yang melampau boleh membuatkan badan kamu tidak bermaya dan sukar untuk bergerak.

Dalam keadaan yang lemah longlai pastinya sukar untuk kamu meneruskan rutin harian. Tentu kamu mahu segera ke klinik berhampiran untuk rawatan selanjutnya, selain mendapatkan sijil sakit dan berehat di rumah.
Ruangan kesihatan kali ini memaparkan informasi tentang diarea supaya kamu lebih peka dan tahu apa yang perlu dilakukan ketika mengalaminya.

GANGGUAN PROLAPS RAHIM

Soalan

NENEK saya berusia 70 tahun. Dia tidak mengalami penyakit kronik. Dalam beberapa bulan kebelakangan, beliau perasan ada ketulan keluar dari faraj. Mulanya kecil dan jika dia berbaring ketulan tersebut hilang. Ketulan ini lebih ketara semasa mencangkung untuk buang air besar tetapi tidak sakit. Masalahnya, kadang-kala dia berasa tidak selesa atau ngilu pada bahagian belakang. Mulanya, dia berasa amat malu untuk memberitahu kami masalah yang dialaminya. Dalam seminggu dua ini, ketulan tersebut tidak masuk semula ke dalam faraj. Ini membuatkan nenek berasa tidak selesa sebab ketulan itu berada di antara celah peha. Dia perasan ada sedikit tompokan darah di seluar dalam. 

Nenek saya amat risau. Apakah masalah yang dialami oleh nenek saya dan bagaimana untuk merawat? Mohon Doktor bantu kami. 
Terima kasih

Intan, Johor

Jawapan

Terima kasih kepada yang bertanya. Usah gusar, masalah ini adalah agak biasa berlaku dalam kalangan warga emas lanjut usia. Ini dikenali sebagai prolaps rahim. 

Prolaps rahim adalah satu keadaan rahim jatuh ke bawah dan kadangkala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang memegang rahim pada kedudukan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan proses kelahiran lepas. Oleh itu, rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim (cervical os) jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar 'tombong'). 

Monday, April 22, 2013

CANTIK TANPA SUNTIKAN

Bilangan kolagenDr. Zaman memberitahu, biasanya manusia memerlukan 250 hingga 300 miligram kolagen untuk kilo pada badan manusia. Kolagen biasanya diperlukan oleh sendi dan tulang manakala pengambilan kolagen secara konsisten selama 12 minggu dapat memperbaiki keadaan dan struktur kulit, tulang dan sendi.

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, keadaan ini bergantung pada umur dan keadaan kulit anda di sekitar muka dan mata.

"Sesetengah individu melihat keputusan yang lebih baik apabila mengambil 10,000 miligram setiap hari. Pastikan anda makan kolagen setiap hari dalam dos mengikut keperluan umur anda," katanya.

Kesan sampinganSekiranya kita menggunakan produk kolagen yang diuji dan dipasarkan mengikut piawaian, kita dapati kesan sampingannya sangat kurang atau hampir tiada.

Jika dilihat dari sudut klinikal , penggunaan kolagen untuk setiap manusia adalah berbeza-beza dan kesan sampingan pula berbeza-beza.

Menurut Dr. Zaman, setiap orang perlu melakukan ujian kesihatan terhadap badan anda untuk memastikan kesan sampingan terhadap mana produk.

 
Bagi pruduk kolagen yang digunakan secara luaran, atau sapuan pada kulit tidak mempunyai 
masaalah kepada ibu yang hamil. - gambar hiasan -

Saturday, April 20, 2013

LANGSING DENGAN AIR PUTIH

Mungkin belum banyak yang menyadari bahwa air putih yang biasa dikonsumsi setiap hari ternyata juga dapat digunakan untuk membuat penampilan tubuh menjadi lebih langsing dan proporsional. Penampilan yang menarik ditunjang dengan bentuk tubuh proporsional secara tidak langsung juga dapat mempengaruhi rasa percaya diri pada wanita.

Sudah menjadi rahasia umum bahwa sebagian besar tubuh kita terdiri atas air yang berfungsi untuk mengendalikan segala macam proses biokimia dalam tubuh. Kekurangan air putih ataupun cairan akan membuat tubuh menjadi lemas dan berbagai kegiatan biokimia tubuh akan terganggu. Begitu vital dan pentingnya asupan air putih bagi tubuh, maka ada baiknya mengetahui beberapa manfaat dan keuntungan membuat tubuh menjadi lebih langsing dengan air putih.

Manfaat air putih bagi pelangsingan tubuh

Kandungan cairan dalam tubuh dapat dipenuhi kecukupannya melalui berbagai macam konsumsi minuman ataupun beberapa jenis buah-buahan yang banyak mengandung air. Berikut ini akan disampaikan beberapa manfaat membuat tubuh menjadi lebih langsing dengan air putih sebagaimana diolah dari berbagai sumber, yaitu:

  • Katalis biokimia tubuh. Air putih berguna sebagai katalis biokimia tubuh. Biokimia tubuh berarti segala jenis proses kimiawi di dalam tubuh yang menggunakan enzym dan hormon. Pemanfaatan air putih secara tidak langsung melancarkan metabolisme tubuh dalam membakar kalori yag dihasilkan sumber makanan.

  • Pengatur metabolisme tubuh. Lambat atau cepatnya suatu proses biokimia di dalam tubuh akan diatur iramanya oleh simpul syaraf pada kelenjar hipofisa yang terletak pada otak. Sedangkan sebagian besar volume otak terdiri dari air sehingga air putih juga dapat digunakan untuk mengatur cepat lambatnya proses oksidasi ataupun reduksi asupan makanan menjadi tenaga.

  • Pelarut vitamin dan mineral. Beberapa jenis vitamin seperti vitamin B dan vitamin C merupakan jenis vitamin yang larut dalam air. Vitamin C berperan dalam menjaga dan mempertahankan sistem immun tubuh sedangkan vitamin B berperan untuk menjaga kesehatan syaraf. Kesehatan simpul syaraf yang terpelihara dengan baik akan mempercepat proses reseptor kimia dari kelenjar hipofisa, sehingga metabolisme tubuh tetap terjaga iramanya.

Selain berbagai manfaat penggunaan terapi air putih dalam proses pelangsingan tubuh sebagaimana disebutkan di atas, ternyata membuat tubuh menjadi lebih langsing dengan air putih juga memiliki berbagai macam keuntungan dibandingkan metode pelangsingan jenis lain. Apa saja keuntungannya?

Berikut ini akan disampaikan beberapa keuntungan penggunaan air putih sebagai pelangsing tubuh sebagaimana diolah dari berbagai sumber, yaitu:

  • Murah. Konsumsi air putih sebagai salah satu metode terapi pelangsingan tubuh tentu saja tidak akan memerlukan biaya yang relatif mahal dibandingkan dengan sedot lemak ataupun pijat dan totok darah.

  • Detoksifikasi. Air putih juga dapat digunakan sebagai sarana detoksifikasi atau pengeluaran racun tubuh, sehingga keseimbangan asam-basa dalam tubuh tetap terjaga.

  • Menyehatkan ginjal. Asupan air putih harian yang tercukupi akan membuat kinerja ginjal tidak terlalu berat dalam menetralisir racun tubuh, sehingga kesehatan ginjal akan tetap terpelihara. Sudah menjadi rahasia umum bahwa sisa metabolisme tubuh akan menjadi radikal bebas yang dapat mengganggu kesehatan sedangkan fungsi air putih adalah menetralisir dan membawa sisa metabolisme berbahaya tersebut untuk selanjutnya diproses oleh ginjal.

  • Mencegah penuaan dini. Keseimbangan kadar cairan tubuh yang terjaga akan mencegah terjadinya penurunan fungsi organ tubuh dan memicu penuaan dini.

Demikianlah beberapa manfaat dan keuntungan lain membuat tubuh menjadi lebih langsing dengan air putih. Semoga bermanfaat.

Friday, April 19, 2013

RISIKO PAKAI SELUAR JEAN KETAT

SOALAN:-
 
SAYA berumur 21 tahun dan sering rasa sengal pada sebelah kiri zakar. Buah zakar kiri saya pula berada di depan manakala buah zakar kanan di belakang.

Saya juga merasa sengal dan sakit di bahagian belakang, manakala badan terasa panas seperti mahu demam.

JAWAPAN NYA:-

Nenek moyang kita menggunakan pakaian yang selesa pada tubuh, sedangkan kita memilih pakaian ketat atau ‘body hugging’.

Jika pakaian sendat atau ketat pada tempat atau bahagian tubuh seperti anggota kelamin, kita mula terasa kurang selesa, sakit dan sengal di bahagian tertekan itu.

Bayangkan lelaki yang memakai seluar dan seluar dalam ketat berjalan jauh atau menaiki motosikal atau kereta. Pakaian ketat itu memberi tekanan kepada anggota kelaminnya.

Ditambah pula dengan perubahan yang berlaku kepada anggota kelamin seperti kemunculan ereksi spontan dan penarikan buah zakar dan cengkaman kerandut buah zakar.

Sudah tentu lelaki itu mengalami pelbagai ‘rasa’ selepas menanggalkan pakaiannya atau bertukar posisi. Anda lelaki muda dan mudah mengalami ereksi spontan.

Jika kedudukan zakar anda pada satu tempat dan tersorok dan kebetulan anda mencapai ereksi, sudah tentu anda terasa sakit ketika mengubah posisi.

Mungkin perasaan sakit yang anda alami ada kaitan dengan perkara itu.
Perasaan panas atau ‘demam’ boleh berlaku bila-bila masa dan sistem kawalan suhu badan akan menjalankan tugasnya supaya ia dalam keadaan stabil.

Tidak hairan jika seseorang yang muda seperti anda mempunyai rasa seperti ingin demam. Jika inginkan pengesahan sama ada benar-benar demam, anda perlu catat suhu badan.

Saya pasti suhu badan anda ‘normal’. Bagaimanapun, sila rujuk kepada doktor jika kita rasa badan tidak berfungsi seperti biasa.

Thursday, April 18, 2013

AMALAN PEMAKANAN KISMIS MENGIKUT ISLAM

Kismis merupakan salah satu daripada makanan yang sangat berkhasiat. Amalan pemakanan kismis boleh membantu sesorang individu tersebut mendapat bekalan oksigen yang secukupnya kerana kandungan zat besinya memang sangat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen pada otak manusia boleh menyebabkan seseorang itu mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

 
                Kismis sebelum dikeringkan

                           Kismis banyak khasiatnya

Dalam Islam, cara pemakanan kismis yang biasa digunakan adalah:- 

 CARA MAKAN :

1. Menghadap kiblat.

2. Baca Bismillah dan diikuti selawat keatas nabi sebanyak 3 kali.

3. Kemudian baca doa penerang hati.

4. Selepas itu, masukkan kedalam mulut dan kemam seperti gula-gula. Jangan kunyah.

5. Makan sebiji-sebiji sehingga habis sebanyak 21 biji.

Diharap tips yang diberikan ini dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan yang lebih berkualti.

RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN

Sebahagian iklan dan label bungkusan produk berasaskan rumpai laut Sabah tertera istilah-istilah yang menarik seperti ‘marin kolagen’, ‘ibu kolagen’ atau ‘kolagen mentah’. Adakah benar rumpai laut Sabah mengandungi kolagen?

Jawapannya ialah rumpai laut tidak mengandungi kolagen. Setakat ini tiada sebarang kajian sains yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana pun asalnya didapati mengandungi kolagen.

Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan iaitu meliputi semua haiwan bertulang belakang dan haiwan tidak bertulang belakang. Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein.

Protein yang memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal yang menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen. Jadi, menyatakan sesuatu jenis rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana terdapat protein di dalamnya adalah tindakan yang tidak bijak.

Setakat ini tiada sebarang kajian sains menunjukkan
 rumpai laut mengandungi kolagen
Istilah kolagen menarik perhatian orang ramai kerana mereka mengetahui bahawa kolagen merupakan sejenis protein yang amat penting kepada tubuh. Lebih kurang tiga puluh peratus dari keseluruhan protein dalam tubuh manusia adalah terdiri dari kolagen.

 Rumpai Laut tidak mengandungi kolagen
Sebatian omega-3 menyumbang sifat anti oxsidan yang membantu 
mencegah stress oksidatif terhadap kolagen

Tuesday, April 16, 2013

LEMAK DAN KESIHATAN JANTUNG

Lemak dan kesihatan jantung
Kuning telur dikelaskan sebagai lemak tepu 
kerana lelemak tepu dominan.



Lemak dan kesihatan jantung
 
Asid linolik terkonjugasi adalah sejenis lemak trans yang terdapat secara semula jadi dalam susu.
SEBAHAGIAN  doktor dan pakar pemakanan konvensional biasanya mencadangkan minyak bunga matahari, jagung dan canola sebagai yang sesuai diambil oleh mereka yang disahkan mengalami arteri jantung tersumbat. Untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya silalah teruskan membaca isi keseluruhan artikel ini.

DIET DAN SENAMAN UNTUK PENGIDAP KENCING MANIS


Cara terbaik untuk melawan penyakit kencing manis atau diabetes adalah melalui perubahan gaya hidup khususnya menggabungkan diet dengan senaman. Ini bukanlah perkara baru. Pengkaji diabetes dan para pakar selalu mengesyorkan perubahan gaya hidup sebagai senjata utama melawan diabetes. Pelbagai kajian menunjukkan kemungkinan seseorang mengidap diabetes adalah sangat rendah jika mereka bersenam dan mengamal diet yang sihat. Mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes jika mereka berjaya mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 10 paun.

Ini adalah berita baik untuk mereka yang mempunyai risiko sederhana atau tinggi untuk mendapat diabetes. Perubahan yang perlu dilakukan bukanlah besar atau mendadak. Mereka hanya perlu mengubah sedikit cara hidup demi untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes. Ini adalah sesuatu yang besar bagi setiap individu memandangkan ianya dapat mengawal penyakit yang sangat berbahaya.

Mereka yang obes dan mempunyai berat badan berlebihan sebenarnya mempunyai reseptor insulin yang lebih rendah dari mereka yang mempunyai berat badan normal. Ini menerangkan kenapa mereka yang mengidap diabetes biasanya berat lampau atau obes. Lemak berlebihan membuatkan tubuh individu berkenaan tidak sensitif kepada insulin. Ini bermakna individu yang berat lampau memerlukan lebih banyak insulin dari mereka dengan berat normal. Inilah sebab mengapa mengurangkan berat badan akan mengurangkan dengan banyaknya risiko mendapat diabetes.

MAKANAN RINGAN TINGKATKAN KEMURUNGAN

Sajian sihat lebih berkesan atasi sedih

Amalan memakan makanan ringan ketika seseorang di dalam keadaan sedih tidak akan membantu membaiki perasaan seseorang sebaliknya semakin meningkatkan kemurungan mereka, lapor satu kajian baru. 
Hasil kajian dibentangkan oleh pasukan penyelidik Universiti Penn State di persidangan Persatuan Psikosomatik Amerika di Miami. 
Kami berminat mengkaji wanita dalam kehidupan seharian untuk melihat sama ada mood berubah sebelum atau selepas mereka menikmati makanan tidak sihat," Kristin Heron, Penyelidik Universiti Penn State

Pasukan berkenaan meminta 131 wanita muda membawa komputer riba, yang akan mengingatkan mereka sepanjang hari untuk memberi reaksi kepada persoalan apa yang mereka rasakan dan apa yang dimakan.

“Kami berminat mengkaji wanita dalam kehidupan seharian untuk melihat sama ada mood berubah sebelum atau selepas mereka menikmati makanan tidak sihat dan tindak tanduk mengawal berat,” kata salah seorang penyelidik, Kristin Heron.

Tanpa dijangka, wanita tidak melaporkan mengalami banyak perubahan sebelum mood mereka berubah walaupun mengambil makanan rapu.
 
Bagaimanapun, jika dalam keadaan mood yang tidak baik, mereka akan berasa lebih teruk selepas makan makanan tidak berkhasiat. 
Dalam erti kata lain, makanan menenangkan tidak membantu langsung.

Walaupun banyak apa yang dikatakan bukti adalah anekdot, saintis mengetahui memakan makanan sihat boleh memberi impak kepada mood. Sebagai contoh, minyak Omega-3 dalam ikan seperti salmon boleh membantu memerangi kemurungan.

Bagaimanapun, kebanyakan orang percaya pemilihan makanan kurang sihat seperti coklat boleh menggembirakan seseorang. Tambahan pula kajian pada 2007 mengiyakan coklat boleh membuatkan seseorang berasa lebih baik tetapi cuma tiga minit.

Lebih teruk berbanding tidak boleh menaikkan mood, sebahagian makanan sebenarnya berkesan dalam tubuh menjadikan seseorang berasa lebih teruk.

Dr Jennifer Landa, yang menulis untuk Fox News, berkata kerepek kentang digoreng dalam asid lemak Omega-6 yang menghalang kemampuan tubuh memproses lemak Omega-3 yang sebenarnya membuat seseorang lebih gembira.

Monday, April 15, 2013

RAHSIA RUMPAI LAUT

Dipercayai sebagai ejen penuaan untuk menambah kolagen

Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.

Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. 
Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

Penggunaan ibu kolegen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai.


Saturday, April 13, 2013

SUPPLEMENT HARIAN

Kenapa Tubuh Kita Memerlukan Supplement (Makanan Tambahan Kesihatan)?

Kadang-kala kita rasa dah cukup ambil pemakanan yang sihat dan berkhasiat tanpa sedar sebenarnya dalam proses makanan, banyak juga makanan yang hilang nutrientnya. Antara sebab-sebab kita perlu ambil makanan tambahan :


1). Proses pemasakan

Makanan yang dimasak dengan lama boleh kehilangan vitamin-vitamin B kompleks dan C. Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radiasi yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.


2). Makanan yang diproses

Penyejukbekuan makanan yang mengandungi vitamin E mengurangkan kandungannya bila ia dikeluarkan dari freezer.


3). Pengambilan antibiotik

Antibiotik membunuh semua kuman termasuk kuman-kuman baik di dalam perut. Kuman-kuman ini membantu menghasilkan vitamin-vitamin B.


4). Sakit

Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink, vitamin E dan sebagainya. Tulang yang patah memerlukan kalsium, vitamin D dan C yang lebih banyak.


5). Tekanan

Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan (stress).


6). PMT (Pre-Menstrual Syndrome)

Tanda-tanda seperti sakit kepala dan sebagainya semasa datang haid dapat dikurangkan dengan pengambilan vitamin B.


7). Mengandung

Keperluan semasa mengandung adalah lebih tinggi. Anda perlukan lebih vitamin B (termasuk asid folik), A, D, E dan mineral-mineral kalsium, zat besi, magnesium, zink dam phosporus.


8). Kurang pendedahan pada cahaya matahari

Golongan ini kekurangan vitamin D yang penting dalam metabolisma kalsium.

Jadi, mari amalkan VCO Catalyst, sekurang2nya tubuh kita mendapat nutrien tambahan yang lebih kompleks. 


VCO CATALYST

TIP HADAPI TEKANAN KERJA

Assalamulaikum....tekanan dan kebosanan sering melanda kita...terutama waktu2 tahap kebosanan seperti tidak dapat dikawal...cuba cari penyelesaian...

1. Tarik nafas dalam-dalam. Tindakan ini bukan sahaja satu terapi tetapi dalam masa yang sama berupaya membuatkan fikiran menjadi tenang.

2. Membuat perancangan rapi. Agar setiap kerja atau tugas yang dilakukan sistematik dan berjalan lancar, sebaliknya buat perancangan rapi dengan menyenaraikan kesemua tugasan yang perlu anda selesaikan. Selesaikan tugas mengikut keutamaan.

3. Bersikap pemaaf. Berfikiran negatif, berdendam dan seringkali melepaskan kemarahan akan memburukkan kesihatan mental.

4. Bersenam. Mengamalkan gaya hidup sehat bukan sahaja baik untuk badan dan membantu mempertingkatkan aliran darah tetapi menjadi anti kemurungan yang sangat berkesan. Selain itu ia juga mampu meningkatkan fungsi mental dan fizikal seseorang.

5. Sentiasa berfikiran positif. Percaya atau tidak, tekanan yang boleh merangsang kepada penyakit dapat diubati dengan kegembiraan. Individu yang sentiasa gembira dan ceria mampu sembuh daripada penyakit dengan cepat.

6. Menerima diri seadanya. Terimalah diri seadanya dengan tenang, kemampuan diri seseorang ada hadnya. Jadi jangan paksa diri kita membuat sesuatu diluar kemampuan.//Harmoni.

WANITA DAN HORMON ESTROGEN

Bermula seawal umur 35 tahun wanita mengalami penurunan hormon estrogen. Ini sangat ketara sehingga ke paras sangat rendah selepas usia putus haid.

Estrogen menjaga kecantikan kulit dan penurunan hormon ini membuat kulit wanita kian kering, nipis dan kurang anjal & menyebabkan kulit berkedut dan kendur. Kolagen dan elastin yang merupakan tunjang keanjalan kulit juga semakin kurang.

Sinaran UV juga menyumbang kepada proses kedutan, oleh itu lindungi kulit muka dengan krim pelindung cahaya matahari sekurang-kurangnya SPF15.

Paras estrogen yang rendah juga membuat rambut menipis. Wanita hampir putus haid menpunyai 13% risiko bagi masallah ini, dan meningkat 37% selepas putus haid. Untuk masallah ini, disyorkan mereka amalkan pemakanan seimbang dan pastikan mendapat bekalan vitamin B, C dan E mencukupi. Galian seperti zink, zat besi, kalsium, kuprum dan magnesium juga membantu.

Kekurangan estrogen boleh diatasi dengan mengambil hormon estrogen dari sumber semulajadi yang dikenali sebagai phytoestrogen// Harmoni.

Mudah2an kenyataan ini membantu...suntikan vitamin C with Kolagen juga membantu dalam mengatasi masallah ini.

Kita merancang...Allah menentukan.

FAKTA TENTANG PAYUDARA WANITA

Apa yang dipandang lelaki pada tubuh wanita selain wajahnya? Rasanya tidak keterlaluan untuk dikatakan bahagian yang dimaksudkan ialah pada bahagian dada! Begitu juga bila melakukan hubungan seks, selain dari yang ada di bawah sana, suami biasanya akan memfokuskan ransangan pada bahagian payudara isterinya.

Sebab itulah payudara dikatakan sebagai aset kaum hawa. Kerana kepentingan ini maka wanita haruslah mengetahui dengan jelas informasi berkenaan bahagian tubuh ini. Jangan terpengaruh dengan fakta salah tentangnya yang selalu beredar dari mulut ke mulut mahupun internet tentangnya. Berikut adalah beberapa fakta penting tentang payudara yang wajib diketahui oleh setiap wanita.


Ukuran berbeza.

Payudara hadir dalam berbagai bentuk dan ukuran. Tidak ada wanita yang bentuk dan ukuran payudaranya sama. Rata-rata berbeza ukuran payudara kiri dan kanan malah ada yang agak jauh bezanya. Walaupun ia merupakan perkara semulajadi namun anda tetap juga harus berwaspada. Perbezaan bentuk payudara juga boleh disebabkan oleh pertumbuhan tumor.

Boleh diperbesarkan

Ukuran payudara setiap wanita ditentukan oleh fakta genetik dan hormon estrogen. Ia mula membesar pada usia 10 tahun dan terus berkembang sehingga usia 20 tahun. Pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi hormon estrogen seperti pil perancang atau krim boleh membuatkan payudara membesar terutama sekiranya digunakan secara berterusan, jaringan payudara ini akan memang akan bertambah dengan cepat. 

Akan tetapi payudara tidak mempunyai jaringan otot, bermakna anda tidak boleh menambah ukurannya dengan bersenam. Namun khabar baiknya, senaman atau olahraga mampu mempengaruhi Pembesaran otot dada. Sekiranya otot dada berkembang, secara otomatik payudara akan kelihatan lebih besar pada hal ukurannya tidak berubah.


KESAN PENGAMBILAN HORMON ESTROGEN

Saya memiliki bentuk badan kurang menarik dan terlalu kurus. Saya teringin untuk memiliki bentuk badan yang cantik dan mengiurkan. Rakan saya mencadangkan penggunaan pil hormon estrogen untuk membentuk payu dara dan punggung yang lebih menawan. Adakah pengambilan pil hormon ini memberi kesan sampingan?

Jawapan: 

Sememangnya satu hakikat apabila semua wanita mengidamkan bentuk badan yang cantik terutama pada bahagian payu dara dan punggung yang montok. Bagaimanapun, bukan semua wanita berupaya mempunyai badan yang mengiurkan seperti yang diidamkan, termasuklah saudari. 

Faktor genetik memainkan peranan yang penting. Jika puan datang dari keturunan bertubuh kecil dan kurus seperti mana emak atau adik beradik yang lain, maka sukar untuk memiliki badan yang diimpikan.

Bagi mendapatkan badan yang cantik, jika seorang yang kurus seperti saudari, saya syorkan cuba tambahkan berat badan dengan melebihkan makanan hingga ke tahap indeks atau Berat Jisim Tubuh (BMI) yang ideal. BMI yang kurang dari 18 adalah terlalu kurus dan melebihi 30 pula dikategorikan sebagai obesiti atau terlalu gemuk. 

PUNCA GEMUK BADAN, FRUKTOSA ATAU HORMON

Pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang fruktosa, hormon dan obesiti. Mesti setiap orang tertanya-tanya apakah perbezaan fruktosa, hormon dan obesiti (kegemukan).

Apa itu Fruktosa


Apa itu fruktosa? Fruktosa atau dengan nama lain ialah fruktosa adalah gula tiruan yang dihasilkan untuk mengganti gula asli. Fruktosa ini digunakan dengan lebih meluas disebabkan ianya lebih murah. Contohnya sebagai pemanis terutama dalam pembuatan roti, biskut, minuman dalam tin mahupun menjadi gula utama dalam industri makanan. Untuk pengetahuan umum, fruktosa langsung tidak diperlukan oleh sel kita. Ianya yang diproses melalui ekstrak jagung berbeza dari glukosa yang merupakan gula penting bagi kegunaan sel.

Kaitan fruktosa dan gemuk badan


Tapi apa kaitan fruktosa dengan hormon dan obesiti? Fruktosa diproses menjadi lemak trigliserida yang berbahaya dan asid urik yang akan mengakibatkan kesihatan kerana tidak diperlukan dalam badan. Dengan cara mengeluarkan protein perosak hormon, kesannya fruktosa akan mengakibatkan hormon rosak. Untuk memproses gula dan lemak kepada tenaga, ia memerlukan hormon yang tidak rosak. Oleh sebab itu, tubuh badan kekal gemuk walaupun banyak berdiet kerana hormon yang rosak didapati dalam badan. Pengambilan fruktosa dalam pemakanan seharian merupakan punca bagi kebanyakan kes obesiti.

Thursday, April 11, 2013

7 PANDUAN KURANGKAN GOUT

Utama penjagaan kesihatan, elak bawa maut

Pengumpulan asid urik, gemuk, tekanan dan kerosakan buah pinggang antara penyebab gout yang lazimnya lebih ramai dihidapi lelaki berbanding wanita. 

Golongan berisiko tinggi menghidap penyakit itu ialah mereka yang berusia lebih 40 tahun. 
Gout iaitu sejenis penyakit sendi, sering dianggap penyakit biasa yang tidak serius dan mengancam nyawa. 

Bagi mengurangkan kesan serangan gout dan menikmati kehidupan lebih baik, berikut disertakan tujuh panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah gout. 

1) Kekalkan hidrasi 

Mengekalkan hidrasi dalam tubuh amat penting bagi semua orang dan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai penyakit gout. Badan manusia kebanyakannya terdiri daripada air dan air yang diperlukan bertanggungjawab mengepam toksin dalam badan dan membawa nutrien kepada sel tubuh. 

Dalam kes berkaitan gout, asid urik yang berlebihan akan membina sendi yang menyebabkan serangan penyakit itu dikumuhkan dalam air kencing. Jadi, apabila tubuh terhidrat, ia mampu mengusir asid urik dengan kerap kencing supaya ia tidak akan terkumpul di dalam sendi. 

2) Elak minuman keras 

Alkohol akan menyumbang kepada masalah dehidrasi dalam badan. Apabila protein daripada yis di dalam bir dipecahkan ia akan tercipta asid urik. Serangan gout akan semakin serius jika berlaku dehidrasi. Banyak alkohol diperbuat daripada yis. 

3) Elak beli ubat gout di kaunter 

Ada beberapa jenis ubat-ubatan gout yang perlu dielakkan. Paling lazim dijual ialah aspirin dan diuretik iaitu ubat membantu membuang air daripada badan. 

Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan menjadi tinggi dan boleh menyebabkan lebih banyak serangan gout. Diuretik pula berfungsi membuang air daripada badan. Cuma air yang sama bagaimanapun diperlukan untuk melupuskan asid urik yang berlebihan. 

Jika doktor menasihatkan supaya pesakit mengambil aspirin dalam dos rendah setiap hari atau diuretik untuk masalah jantung, orang itu perlu terus mengambil ubat berkenaan kecuali mereka dinasihatkan untuk berhenti. Pesakit gout dinasihatkan menghapuskan penyebab gout untuk mengurangkan serangan. 

4) Makan secara sihat 

Makan dengan betul. Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout. Ada diet khas untuk pesakit gout yang boleh mengurangkan beberapa jenis makanan yang mengandungi purine kerana bahan itu dipecahkan oleh badan sekali gus menyebabkan tahap asid urik meningkat. 

Cara terbaik mengurangkan pengambilan daging merah, mengelakkan alkohol dan memakan banyak tenusu rendah lemak, buah-buahan dan sayu-sayuran. Apabila seseorang itu diserang gout, doktor akan memberikan diet gout lengkap untuk membantu mengelakkan ia semakin meningkat. 

5) Mengekalkan berat badan 

Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan. Jika gagal menyebabkan jumlah asid urik dalam badan juga meningkat. 

Mengekalkan berat badan yang sihat tidaklah sukar seperti yang difikirkan. Jika seseorang itu mengikuti semua panduan dan nasihat dalam senarai pemakanan sihat dengan betul, maka berat badan akan datang secara semula jadi. Cukup sekadar mengamalkan senaman sederhana, iaitu sesuatu yang juga baik untuk semua orang. 

6) Rehat 

Tidur cara pemulihan yang terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi penyakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu. 

Pengamal kesihatan juga bersetuju walaupun kita tidak menguap atau mengantuk tetapi jika perlu tidur, mereka patut lakukannya bagi merehatkan dan meredakan tekanan lebih cepat. 

7) Halia 

Halia digunakan beribu-ribu tahun yang lalu untuk masalah sendi dan gangguan gastrousus. 
Penyelidikan menunjukkan ia berkesan mengurangkan kesakitan dan keradangan apabila digunakan dari masa ke masa kerana ada banyak ubat-ubatan disediakan di kaunter perubatan. 

Ubat-ubatan berasaskan halia boleh didapati dalam bentuk akar asli, serbuk mahupun dalam bentuk kapsul.