1. Haus karena panas dalaman, demam, heat stroke (pengsan kerana kepanasan):
Satu buah peria mentah yang masih segar dicuci bersih, lalu dibelah.
Buang isinya, potong-potong secukupnya, lalu direbus dengan 3 gelas air
bersih sehingga menjadi 1 gelas. Setelah dingin ditapis, airnya diminum.
2. Diabetes / Kencing Manis:
a. 200 g buah peria segar dicuci bersih lalu dikisar. Tambahkan air
minum secukupnya, lalu diperah dengan sepotong kain sampai terkumpul
sebanyak 50 ml (seperempat gelas). Perahan dihangatkan dengan api kecil
selama 15-30 menit. Setelah sejuk diminum. Lakukan setiap hari.
b. 200 g buah pare dicuci bersih lalu dihiris tipis-tipis. Rebus dengan
3 gelas air bersih sampai tersisa 1 gelas. Setelah dingin ditapis,
airnya diminum. Lakukan setiap hari.
3. Disentri (penyakit darah, cirit-birit).
Buah peria segar dicuci lalu dibelah, isinya dibuang. Parut atau dibuat
jus, airnya diminum. Segera minum air kosong. Satu kali minum 200 cc.
4. Amoebic dysentery, cirit-birit:
Ambil akar peria yang masih segar sebanyak 30 g. Bersihkan lalu
dipotong mengikut keperluan. Rebus dengan 3 gelas air hingga menjadi 1
gelas. Setelah sejuk disaring, tambahkan gula pasir secukupnya lalu
diminum.
5. Jangkitan cacing pada kanak-kanak:
a. Daun
segar sebanyak 7 g, diseduh (rendam agar menyerap) dengan 1/2 cawan air
panas. Setelah sejuk ditapis, tambahkan 1 sudu teh madu. Kacau hingga
bercampur rata, minum sekaligus sebelum makan pagi.
b. Ambil
dua sampai tiga bijian peria. Giling sampai halus, campur sedikit air
masak. Minum, disusul dengan minum air hangat. Ramuan ini untuk
mengubati jangkitan cacing gelang.
6. Menyuburkan rambut yang nipis dan kemerahan:
a. Ambil segenggam daun peria, cuci bersih. Daun kemudian ditumbuk
hingga menjadi seperti bubur, tambahkan air 3/4 gelas. Ramuan ini
kemudian diperap semalaman. Pagi-pagi ramuan ini ditapis, airnya
digunakan untuk membasuh kulit kepala.
b. Ambil daun peria yang
masih segar secukupnya, lalu dicuci bersih. Daun peria tadi ditumbuk
sampai halus, lalu diperah dengan sepotong kain. Airnya digunakan untuk
disapukan pada kulit kepala. Lakukan setiap hari. Ramuan ini sesuai
digunakan untuk bayi dan kanak-kanak.
7. Bisul, Bengkak Bernanah (Abses):
Ambil segenggam daun peria, cuci bersih lalu direbus dengan 3 gelas air
bersih sampai tersisa 1 gelas. Setelah dingin ditapis, airnya diminum.
8. Demam, malaria, sakit berkaitan hati, sembelit, jangkitan cacing:
Segenggam penuh daun peria dicuci bersih, lalu ditumbuk halus.
Tambahkan 1 cawan air masak, dikacau merata lalu disaring. Air
saringannya ditambahkan sedikit garam, lalu diminum pada pagi hari
sebelum makan.
9. Kencing bernanah:
6 lembar daun
pare, 2 jari akar jayanti (Sesbania sesban Merr.), 2 jari kulit kemboja,
1 jari rimpang temulawak, 3 jari gula enau (sugar palm), dicuci dan
dipotong mengikut keperluan. Rebus dengan 4 gelas, ditapis dan diminum
No comments:
Post a Comment