Amalan makan buah-buahan sebelum hidangan bantu kurang
berat badan, hindari penyakit
MAKAN buah-buahan sebelum makan makanan berat adalah tabiat yang
baik, tetapi yang lazimnya berlaku, buah sering dijadikan sajian pencuci
mulut atau hidangan terakhir selepas makanan utama.
Hakikatnya, mendahulukan buah-buahan adalah baik berdasarkan konsep
mengalas perut kerana ia tidak menjejaskan kepadatan tenaga makanan dan
pengambilan tenaga menyeluruh biarpun seseorang itu dalam fasa menyekat
pengambilan kalori.
Malah, ada bukti klinikal yang menunjukkan bahawa penurunan berat
badan yang ketara dapat dicapai bila individu dapat mengalas perut
dengan tenaga yang rendah kepadatannya (misalnya buah) sebelum makan
makanan utama.
Menurut Pakar Khidmat Diet dan Pemakanan Hospital Columbia Asia Cheras, Cindy Chua Shiu Sinn, buah-buahan dapat membantu individu mengisi perut selain mengurangkan jumlah suapan sepanjang waktu makan.
“Pada masa kini, kurang kajian yang dijalankan bagi menyelidik hubungan secara langsung antara pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan berat badan. Namun, dalam kajian pengurusan penyakit kronik, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dianggap sebagai bahagian penting dalam pengurusan penyakit secara keseluruhan (termasuk penurunan berat badan dan untuk tujuan penyelenggaraan berat badan),” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Individu tidak boleh menyekat apa yang mereka ambil berdasarkan kalori semata. Dan rasa kenyang adalah satu alasan untuk seseorang berhenti makan.
Kata Chua, pada tahap kalori yang sama, kepadatan makanan bertenaga rendah seperti buah-buahan, menyediakan jumlah makanan yang lebih besar. Ini dapat membantu seseorang merasa cepat kenyang semasa makan sambil mengambil jumlah kalori yang lebih rendah.
“Air dan serat boleh meningkatkan jumlah makanan dan mengurangkan kepadatan tenaga. Dalam keadaan semula jadi, buah-buahan mempunyai kandungan air dan serat yang tinggi. Oleh itu, buah adalah sumber baik yang rendah dalam kalori dan kepadatan tenaga,” katanya.
Jelas Cindy, penyelidikan menunjukkan bahawa buah-buahan boleh meningkatkan rasa kenyang terutama bila diambil secara menyeluruh. Jika dibandingkan secawan 250 mililiter jus oren yang menyediakan 88 kalori dengan buah oren dengan hanya 37 kalori, lebih baik dimakan buah oren yang juga mengandungi lebih banyak lagi serat dan mampu mengenyangkan.
“Semua jenis buah-buahan boleh diambil sebelum makanan berat tetapi sebaik-baiknya buah yang segar. Serat dapat mendorong bahan makanan tadi melalui sistem pencernaan dan memberikan jumlah yang konsisten setiap kali membuang air,” katanya.
Bagaimanapun, kata Chua, sebelum makan makanan berat, elakkan makanan yang ada kepadatan tenaga yang tinggi yang biasanya merujuk makanan tinggi lemak atau gula. seperti makanan manis, hidangan makanan segera dan gula-gula.
INFO: Khasiat buah-buahan

No comments:
Post a Comment