PERUBAHAN terhadap tabiat pemakanan "Cuba tunjukkan contoh yang baik dengan tabiat pemakanan anda sendiri.
"Hidangkan makanan dan kudapan yang menyihatkan pada waktu biasa untuk mengelakkan "curi makan" sepanjang hari.
"Jangan benarkan anak anda makan sambil menonton TV atau menyiapkan kerja rumah.
"Jadikan waktu makan suasana yang gembira dengan menjamu selera seisi keluarga.
"Galakkan anak anda untuk 'memberi perhatian kepada perut mereka' dan makan hanya apabila lapar dan bukan mengikut tabiat.
"Ajar anak-anak untuk mengunyah makanan dengan lebih perlahan dan
nikmati makanan tersebut. Mereka akan lebih cepat kenyang dan kurang
kemungkinan untuk terlebih makan pada waktu makan.
"Jangan menyimpan banyak makanan ringan berlemak tinggi yang tinggi kandungan gulanya.
"Jangan jadikan kunjungan ke restoran makanan segera sebahagian daripada rutin mingguan.
"Cuba libatkan anak-anak apabila menyediakan makanan kerana ini akan menyedarkan mereka tentang apa yang dimakan.
Jangan jadikan makanan sebagai umpan menenangkan anak-anak - sebaliknya beri perhatian, dengar dan dakap mereka.
Elakkan menggunakan makanan sebagai ganjaran kerana ia akan
mengukuhkan idea bahawa makanan adalah sumber ketenangan. Contohnya
elakkan makan makanan segera untuk meraikan laporan peperiksaan yang
menggembirakan, sebaliknya belikan hadiah, tonton wayang, atau jemput
rakan-rakan bermalam di rumah.
Apabila kanak-kanak yang perlu memperbaiki tabiat pemakanan meningkat
dewasa, mereka digalakkan menyimpan diari makanan, untuk mencatat apa
yang mereka makan berserta waktunya. Penting untuk kita menyedari 'waktu
bahaya' mengambil makanan ringan dan mencari strategi untuk mengalih
perhatian daripada makanan, atau ke arah pilihan yang lebih menyihatkan.
Kajian menunjukkan bahawa menyusukan bayi, walaupun seketika, boleh mengurangkan risiko obesiti pada usia tua.
Ibu bapa yang menggemari diet sihat yang mengandungi banyak
buah-buahan dan sayuran segar adalah contoh yang baik untuk anak-anak
mereka. Semakin kanak-kanak meningkat dewasa mereka cenderung untuk
berpegang pada pola makan yang telah diamalkan di rumah.
Galakkan kegiatan jasmani sebaik sahaja mereka boleh berjalan.
No comments:
Post a Comment