Info mengenai Senyum dan ketawa.....
1)
merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat
merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem
saraf otak dan juga hormon-hormon.
2)
memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup
anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita
tersenyum, badan turut ?tersenyum? dan menganggap kita gembira.
3)
Apabila darah yang ?sudah sejuk? ini sampai ke hipotalamus (bahagian
yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan
?gembira?.Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17
otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4)
Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan
dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan
fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri
sendiri.
5) Kajian
menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat
manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi
kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung
meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebihrendah
daripada paras sebelum anda ketawa.
6)
Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang
dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400
kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa.
Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit
serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7)
terdapat dua jenis ?stress? iaitu stress yang baik dan stress yang
tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang
baik.Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan
badan.
Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan
akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon(protein
melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahananbadan) dan
sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
9)
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan
oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses
penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit
jantung.
10) Senyuman yang
diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak
langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanandarah tinggi,
strok, atritis dan ulser.
11)
Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia
membabitkandiafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot
belakangbadan. Ketawa ?mengurut? organ dalam abdomen dan menguatkan
ototabdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan
keupayaanuntuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan
psikologi;membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat
baru.
11) Ketawa juga
dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gusmeningkatkan
pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya
ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
12)
Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam
sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar
pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal,cuma
sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang
dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga
mampumenyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.
Jadi ada tak senyum hari ni?????
No comments:
Post a Comment