Gejala paling biasa adalah angina atau sakit dada. Angina digambarkan seperti jantung dipijak, rasa berat, tekanan tinggi, pedih, kebas, perasaan seperti jantung diperah.
_________________________________________________________________________________________
SOALAN
GEJALA paling biasa penyakit arteri koronari adalah
angina atau sakit dada. - Gambar hiasan -
Menurut doktor, empat saluran darah tersumbat, salah satu sudah pecah dan tiga lagi tersumbat melebihi 60 peratus.
Pihak hospital mengatakan jantung saya berfungsi 20 peratus dan tidak boleh menjalani angloplasty atau stenting sebab faktor usia dan kerosakan intensif.
Masih adakah peluang saya sembuh dan dapatkah perubatan Al-Quran menyembuhkan saya? Terima kasih.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam. Anda mungkin mengalami penyakit jantung koronari iaitu pembunuh nombor satu di dunia.
Allah menurunkan penyakit dan setiap penyakit yang diturunkan disertakan penawar kecuali MATI.
Al-Quran adalah solusi penyembuhan terbaik sebagaimana firman Allah dalam Surah Yunus ayat 57 bermaksud: "Wahai umat manusia Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman".
Gaya hidup sekarang dan pemakanan tidak seimbang menyebabkan ramai mendapat penyakit ini.
Sepanjang pengalaman saya mengubati pesakit jantung selama 13 tahun, ramai pesakit dengan izin Allah pulih di mana tahap sekatan dalam salur darah berjaya dikurangkan dengan mengamalkan ayat al-Quran yang dikenal pasti.
Pengenalan dan ciri umum
Penyakit jantung koronari adalah hasil pembentukan plak dalam saluran darah atu arteri koronari, ini dipanggil aterosklerosis.
Ateroskelrosis menyebabkan saluran darah yang asalnya licin dan elastik, kerana pembentukan plak menjadi sempit dan aliran darah ke jantung tersekat.
Akibatnya, jantung kekurangan bekalan oksigen dan nutrien penting untuk mengepam darah dengan betul lalu meningkatkan risiko serangan jantung.
Punca.
Penyakit jantung berlaku tanpa mengira bangsa, latar belakang pendidikan dan status sosioekonomi. Walaupun punca sebenar tidak diketahui, penyakit jantung koronari boleh bermula dengan kerosakan atau kecederaan pada lapisan dalaman arteri.
Kerosakan mungkin disebabkan oleh:
1. Tekanan darah tinggi : Kolesterol tinggi, akibat makanan banyak kolesterol atau lemak tepu. Merokok dan sumber lain nikoton.
2. Diabetes: Kerosakan pada dinding dalaman arteri menyebabkan darah beku dan lemak dalam darah melekat dan terkumpul pada darah beku menyebabkan aterosklerosis.
Dari pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, terdapat kes melibatkan gangguan makhluk halus terutama sihir. Seperti diterangkan dalam rencana sebelum ini, gangguan sihir berpunca daripada kehadiran jin dalam badan pesakit
Kadang-kala gangguan ini menyebabkan pesakit sukar bernafas, badan berpeluh sejuk, cepat letih dan simptom seperti panic attack.
Tanda awal penyakit jantung koronari
Gejala paling biasa adalah angina atau sakit dada. Angina digambarkan seperti jantung dipijak, rasa berat, tekanan tinggi, pedih, kebas, perasaan seperti jantung diperah.
Gejala lalin termasuk
- Sesak nafas
- Berdebar
- Lemah, lesu atau pening
- Loya
- Berpeluh
- Senaman atau melakukan senaman
- Makan
- Stress atau tekanan
- Pendedahan kepada sejuk
Rawatan untuk penyakit jantung koronari kini melibatkan banyak aspek terutaman perubahan gaya hidup, ubatan, diet sihat, prosedur invasif atau pembedahan dan berjumpa pakar kardiologi untuk pemeriksaan biasa.
Prosedur biasa untuk merawat penyakit arteri koronari termasuk belon angioplasti (PTCA), penempatan stent dan pembedahan pintasan arteri koronari.
Rawatan Penyakit Jantung Koronari guna ayat al-Quran.
Kebanyakan penyakit menimpa manusia berkait rapat dengan makan dan minum. Nabi SAW sering mengingatkan umat islam tentang bahaya perut.
Umat Islam tidak digalakkan makan berlebihan. "Makan dan minumlah dan jangan berlebihan" (Al-a'raf: 31)
Selain itu, Rasullullah bersabda bermaksud: "Jangan kamu matikan hati dengan banyak makan dan minum, kerana sesungguhnya hati itu seperti tanaman yang akan mati jika disiram terlalu banyak air'.
Sabda Nabi SAW: "Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!".
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim itu. Nabi tidak pernah menyebut 'hati', sebaliknya menyebut al-qalb iaitu jantung.
Adapun hati dalam bahasa Arab disebut kabid. Dalam masyarakat Melayu, qalb diterjemahkan sebagai hati, tetapi terjemahan sebenar adalah jantung.
Di pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit jantung koronari diberi ayat berikut untuk diamalkan disertai doa kepada Allah memohon penyembuhan. Ayat tersebut
- Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55
- Surah An-Nahl ayat 81 hingga 89
Pembacaan diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas itu pesakit perlu berdoa untuk penyembuhan.
Selepas membaca dua surah pertama, pesakit hendaklah mengulang dengan surah seterusnya.
LEbih baik pesakit berjumpa perawat Al-Hidayah supaya dapat kami memeriksa jika ada gangguan makhluk halus.
Ini kerana terdapat banyak kes, setelah ke hospital dan menjalani beberapa ujian tiada sekatan dalam saluran darah tetapi mengalami tanda angina.
Hasil pengalaman saya mengubati pesakit jantung Surah Al-Israa' atay 40 hingga 55 adalah ayat sungguh istimewa dan berkesan. Ini adalah mukjizat al-Quran.
Yakinlah bahawa segalan sesuatu berlaku dengan izin Allah. Insya-Allah, sakit akan sembuh dengan izin dan kuasanya.
1 comment:
Lawati: http://www.facebook.com/pages/Farrali-Health-Naturale/125287007511101 atau http://farrali.com.my/health-naturale-eecp/ InsyaAllah dapat membantu masaalah jantung tanpa pembedahan...lebih murah..selamat..dan berkesan. Atau hubungi En Yazry 0196681786
Post a Comment