ERNAHKAH kamu mengalami rasa tidak sedap perut seperti memulas-mulas
atau kadang kala perut kamu mengeluarkan bunyi yang agak kuat? Mungkin
kamu terkena diarea atau lebih dikenali dengan cirit-birit.
Kebiasaannya, situasi sebegini terjadi apabila kamu selesai
menghadiri majlis keramaian atau baru mencuba masakan di kedai yang
bukan selalu kamu kunjungi.
Kadang kala rasa sakit yang melampau boleh membuatkan badan kamu tidak bermaya dan sukar untuk bergerak.
Dalam keadaan yang lemah longlai pastinya sukar untuk kamu meneruskan
rutin harian. Tentu kamu mahu segera ke klinik berhampiran untuk
rawatan selanjutnya, selain mendapatkan sijil sakit dan berehat di
rumah.
Ruangan kesihatan kali ini memaparkan informasi tentang diarea supaya
kamu lebih peka dan tahu apa yang perlu dilakukan ketika mengalaminya.
No comments:
Post a Comment