Sunday, April 7, 2013

PERINGATAN UNTUK SEMUA

CIKGU Rauf termenung di kerusi. Matanya redup memerhatikan orang ramai yang berpusu-pusu datang menziarahinya. Seorang demi seorang mendekati dan bertanyakan khabar, kemudian menasihatkan lelaki itu menerima pemergian isterinya, Salmiah dengan reda.

Sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, Rauf menyoroti bilik tempat jenazah isterinya dimandikan walaupun raut matanya menggambarkan perasaan hiba yang menyelubungi sanubarinya tidak dapat diselindung lagi.

Ketika jenazah isteri dimandikan sebelum dikapankan, nama Mohd. Kazim Elias sudah tidak asing lagi dalam persada dakwah tanah air datang mendekati Rauf sambil mengucapkan takziah ke atas pemergian orang disayangi itu.

Tatkala itu, Rauf sempat mengimbas kembali kenangan bersama isterinya, Salmiah ketika beliau mendapatkan rawatan penyakit kulit dialaminya daripada Ustaz Kazim sebelum ini. Penyakit kulit misteri itu dikatakan bersisik lalu menyebabkan kulit mengelupas.

Dalam peristiwa berkenaan, Ustaz Kazim bertanyakan kepada pasangan suami isteri berkenaan sama ada penyakit yang dihadapi bekas guru berkenaan berkaitan dengan ular atau sesuatu yang merayap.


Salmiah kemudiannya menjawab bahawa penyakit berkenaan kemungkinan terjadi selepas cucunya membunuh seekor ular yang melingkar di atas sejadah, baru-baru ini. Akhirnya Ustaz Kazim membacakan beberapa ayat suci al-Quran dan meminta supaya diadakan bacaan surah Yasin selama seminggu.

Adakah penyakit yang dialami menemui jalan penyelesaian? Mengapa Salmiah meninggal dunia pada penghujungnya? Jika anda ingin mengetahui kisah lanjut, boleh dapatkan buku terbaru keluaran Utusan Karya Sdn. Bhd. yang bertajuk Peringatan Dari Mayat Dan Kubur.

Kisah Cikgu Rauf merupakan salah satu cerita yang terdapat dalam buku Peringatan Dari Mayat Dan Kubur. Ia adalah himpunan kisah-kisah aneh serta iktibar berkaitan mayat dan kubur.

Istimewanya buku ini, sebanyak 24 daripada 32 kisah dipaparkan merupakan produksi terbaik majalah Mastika tidak pernah disiarkan di mana-mana penulisan dan ia merupakan cerita-cerita terbaru.

Matlamat karya berkenaan diterbitkan hanyalah untuk mengajak masyarakat agar mengambil pengajaran daripada kisah-kisah dipaparkan. Bukan untuk menakutkan pembaca tetapi ia bertujuan menyedarkan masyarakat supaya mematuhi suruhan Allah.

Selain Ustaz Kazim, buku setebal 233 halaman itu turut mengambil kisah-kisah iktibar yang dialami dan diceritakan oleh selebriti tanah air seperti pelakon Nasir Bilal Khan, Imam Muda Asyraf dan pakar motivasi, Dr Robiah K. Hamzah.

Antara kupasan tajuk seperti Darah Jenazah Masih Panas, Kubur Pendek atau Mayat Panjang, Mayat Tergelimpang Tanpa Kepala dan lain-lain lagi yang bakal memberi kesan mendalam kepada pembaca meneliti setiap tajuk dipaparkan.

Oleh itu, anda boleh dapatkan Peringatan Dari Mayat Dan Kubur yang berharga RM12.90 itu di pasaran berhampiran anda atau boleh menghubungi penerbit, UKSB beralamat Kompleks Sri Utusan, Lot 6, Jalan P/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi atau menghubungi 03-8926 2999 untuk maklumat lanjut.

No comments: