Di kalangan kita, mesti ada yang pernah membaca tentang tanda-tanda
atau gejala penyakit jantung. Antara gejala yang paling popular yang
sering kita dengar ialah sakit dada dan sesak nafas. Namun, bagaimana
pula dengan gejala-gejala lain yang perlu kita ketahui sekiranya
terdapat gangguan pada jantung kita?
Menurut pakar jantung, gejala sakit jantung bukan sahaja melibatkan
dua faktor tersebut sahaja malah boleh melibatkan gangguan pada anggota
tubuh badan yang lain.
Berikut merupakan lima petunjuk yang boleh dijadikan panduan
sekiranya terdapat gangguan pada jantung anda. Jika anda mengalami dua
atau lebih daripada gejala seperti di bawah maka anda disarankan untuk
segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut.
1.SAKIT LEHER
Adakah anda pernah mengalami sakit otot yang berlarutan di bahagian
leher? Anda mestilah berwaspada sekiranya rasa sakit ini tidak hilang.
Hal ini kerana menurut pengalaman pesakit jantung, tanda-tanda awal yang
dapat dikesan ialah rasa sakit dan tegang di bahagian leher. Mereka
selalu mengabaikan gejala tersebut kerana lebih fokus terhadap gejala
yang lebih besar seperti sakit di bahagian dada, bahu dan lengan.
Bagi wanita, kemungkinan mengalami gejala seperti ini adalah kecil
kerana kebiasaannya mereka akan mengalami sakit yang mendadak disertai
rasa sakit di bahagian bahu dan bawah leher. Rasa sakit tersebut juga
akan merebak ke bahagian kiri tubuh badan termasuk bahu dan lengan.
Bagaimana perkara ini berlaku? Saraf dari jaringan jantung yang
rosak akan menghantar isyarat rasa sakit pada tulang belakang dan
akhirnya akan merebak ke saraf di sekitar leher dan bahu.
2.MASALAH SEKSUAL
Lelaki yang mengalami masalah ereksi biasanya mempunyai masalah
berkaitan penyakit pembuluh darah koroner. Kajian terhadap lelaki di
Eropah menunjukkan bahawa dua pertiga daripada pesakit jantung yang
mendapat rawatan menderita masalah disfungsi ereksi selama
berbulan-bulan sebelum disahkan menghidap penyakit jantung. Beberapa
penyelidikan terbaru mendapati bahawa memang terdapat kaitan antara
masalah disfungsi ereksi dan penyakit kardiovaskular.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat bukti yang jelas
bahawa pesakit yang mengalami disfungsi ereksi berisiko untuk menghidap
penyakit jantung dan boleh membawa maut.
Bagaimana perkara ini berlaku? Seperti pembuluh darah di sekitar
jantung yang boleh menjadi sempit dan mengeras, begitu juga yang berlaku
kepada pembuluh darah yang menghantar darah ke bahagian penis. Kerana
pembuluh darah di sekitar penis lebih kecil maka, pembuluh ini akan
mengalami kerosakan yang lebih cepat bahkan tiga atau empat tahun lebih
cepat sebelum penyakit jantung dapat dikesan.
3.PENING, PENGSAN DAN SESAK NAFAS
Sebuah kajian mendapati lebih daripada 40 peratus wanita melaporkan
bahawa mereka cenderung mengalami sesak nafas sebelum terjadinya
serangan jantung. Anda mungkin akan mengalami kesukaran bernafas,
semput atau pening ketika berada di tempat yang tinggi. Apabila anda
mengalami kesukaran ketika melakukan aktiviti seperti menaiki tangga,
menyapu atau berjalan sedangkan anda tidak mengalaminya sebelum ini maka
gejala tersebut perlu diberi perhatian sebagai satu peringatan penting.
Bagaimana perkara ini berlaku? Hal ini berlaku kerana aliran darah
pada pembuluh darah yang membawa oksigen ke jantung tidak cukup. Sakit
pada otot jantung dan angina juga boleh
membuat seseorang berasa sakit ketika menarik nafas. Penyakit pembuluh
darah koroner berlaku apabila pembuluh darah tersumbat akibat
pengumpulan plak seterusnya menyebabkan jantung tidak mendapat bekalan
oksigen yang cukup. Kesukaran bernafas ini seringkali dikaitkan dengan angina iaitu sejenis penyakit pada otot jantung.
4. GANGGUAN PENCERNAAN, MUAL DAN PEDIH ULU HATI.
Walaupun ramai orang berpendapat bahawa masalah jantung begitu
sinonim dengan sakit di dada namun, hal ini juga boleh berlaku pada
bahagian perut. Bagi sebilangan orang khususnya wanita, gejala seperti
pedih ulu hati, sensasi kekenyangan atau tersedak perlu
diambil berat kerana gangguan pencernaan yang serius dan rasa mual-mual
juga boleh menjadi petanda awal serangan jantung atau dikenali sebagai miokardial infarksi.
Sebuah penyelidikan menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung mengalami
gejala muntah-muntah, mual dan gangguan pencernaan selama beberapa
bulan sebelum serangan jantung berlaku.
Bagaimana ia berlaku? Timbunan lemak pada pembuluh darah akan
mengurangkan bekalan darah ke jantung sehingga menimbulkan rasa sakit
khususnya di bahagian dada namun ia juga boleh berlaku pada bahagian
perut. Mual dan pening-pening juga menjadi petanda bahawa serangan
jantung sedang berlaku. Justeru itu, perlu segera memanggil doktor
sekiranya keadaan tersebut berlarutan.
5. SAKIT PADA RAHANG DAN TELINGA
Kesakitan pada rahang adalah sesuatu yang misteri dan sangat
mengganggu. Keadaan ini boleh berpunca daripada pelbagai faktor tetapi
kadang-kadang ia merupakan petanda tentang wujudnya penyakit pembuluh
darah koroner (CAD) dan tanda-tanda awal serangan jantung. Beberapa
pakar sedang mengkaji tentang kaitan antara sakit pada rahang dengan
risiko serangan jantung. Hasil kajian mendapati bahawa ramai pesakit
jantung melaporkan mengalami masalah sakit pada rahang sebelum
terjadinya serangan jantung.
Bagaimana ia berlaku? Kerosakan pada jaringan organ jantung akan
merangsang penghantaran isyarat turun naik pada bahagian tulang belakang
yang akhirnya merebak pada saraf-saraf lain bermula dari tulang leher,
rahang hingga ke bahagian telinga.
- Memberi tenaga tambahan kepada mereka yang penat bekerja
- Menambah stamina dan mengekalkan ketahanan fizikal sepanjang hari
- Membantu menguatkan daya seksual seseorang
- Membantu membakar lemak dan menguatkan otot, meningkatkan tenaga
- Membantu meningkatkan penghasilan air mani pada setiap invitidu
- Menguatkan lagi tenaga untuk kesan yang lebih baik
No comments:
Post a Comment