Pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda
tentang fruktosa, hormon dan obesiti. Mesti setiap orang tertanya-tanya
apakah perbezaan fruktosa, hormon dan obesiti (kegemukan).
Apa itu Fruktosa
Apa itu fruktosa? Fruktosa atau dengan nama lain ialah fruktosa
adalah gula tiruan yang dihasilkan untuk mengganti gula asli. Fruktosa
ini digunakan dengan lebih meluas disebabkan ianya lebih murah.
Contohnya sebagai pemanis terutama dalam pembuatan roti,
biskut, minuman dalam tin mahupun menjadi gula utama dalam industri
makanan. Untuk pengetahuan umum, fruktosa langsung tidak diperlukan oleh
sel kita. Ianya yang diproses melalui ekstrak jagung berbeza dari
glukosa yang merupakan gula penting bagi kegunaan sel.
Kaitan fruktosa dan gemuk badan
Tapi apa kaitan fruktosa dengan hormon dan obesiti? Fruktosa diproses
menjadi lemak trigliserida yang berbahaya dan asid urik yang akan
mengakibatkan kesihatan kerana tidak diperlukan dalam badan. Dengan cara
mengeluarkan protein perosak hormon, kesannya fruktosa akan
mengakibatkan hormon rosak. Untuk memproses gula dan lemak kepada
tenaga, ia memerlukan hormon yang tidak rosak. Oleh sebab itu, tubuh
badan kekal gemuk walaupun banyak berdiet kerana hormon yang rosak
didapati dalam badan. Pengambilan fruktosa dalam pemakanan seharian
merupakan punca bagi kebanyakan kes obesiti.
Bagaimana mengatasi gemuk tanpa fruktosa
Walau bagaimanapun, mereka gagal untuk kurus walaupun sudah mencuba
banyak kaedah rawatan dan diet kerana sistem pembakar lemak dalam tubuh
badan sudah pun rosak tanpa mereka sedari. Satu cara untuk mengatasi
obesiti degil ialah dengan menghentikan pengambilan fruktosa. Cara itu
akan memberikan hasil yang efektif dan produktif kerana dapat
meningkatkan enzim dan hormon bio-identikal yang menjadikan lemak untuk
mudah pecah.
Tubuh akan membakar makanan yang tersimpan iaitu glikogen dalam
otot hati apabila seseorang itu sedang mengawal makan ataupun berpuasa.
Sekilogram glikogen akan membawa bersamanya empat kilogram air maka
berat yang hilang adalah berat air dan glikogen. Apabila diet berhenti,
glikogen akan terhasil semula dan akan mengakibatkan tubuh memproses
banyak lemak kerana keadaan enzim yang rosak. Kesimpulannya, berat badan bukan ukuran tepat pemecahan lemak malah yang terbaik ialah mengukur saiz tubuh atau mengambil gambar dari semasa ke semasa.
Tahap hormon dan enzim yang rendah adalah punca masalah obesiti
kanak-kanak sememangnya boleh dipulihkan. Pengambilan pil kurus pula
biasanya akan mengganggu fungsi hormon dan enzim. Pengambilan pil ini
hanya bersifat sementara dengan merangsang kelenjar adrenal menjadikan
kurus pada peringkat awal tetapi akhirnya pil ini akal merosakkan
kelenjar adrenal. Keadaan ini menyebabkannya anda menjadi lemah dan
lesu. Oleh itu cara terbaik ialah dengan meningkatkan enzim dan hormon
badan.
Bagi mereka yang gemuk dan kurang tenaga, perlu dijalankan analisis bagi memeriksa tahap metabolik. Bagi yang mahukan kejayaan 100% dalam mengatasi masalah obesiti, fungsi hormon perlu diperbaiki terlebih dahulu.
Estrogen dan lelaki gemuk
Bahan api adalah keperluan untuk membakar lemak badan. Hormon yang
berfungsi untuk memecahkan lemak yang dimaksudkan oleh bahan api untuk
tubuh manusia. Tubuh juga perlu mengurangkan penyimpanan lemak. Tetapi,
estrogen adalah satu hormon yang dipertanggungjawabkannya untuk
meningkatkan simpanan lemak dalam badan.
Rasa kecewa kepada lelaki mesti tertimbul dalam hati kerana
terdapat lemak di sana-sini dan akibatnya perut menjadi buncit. Begitu
juga kanser dan masalah prostat bagi lelaki selain masalah hilang
ingatan atau nyanyuk (dimentia) dan arteriosklerosis. Akibatnya, badan
mula lemah dan tulang menjadi rapuh dan kualiti kehidupan juga tidak
memberangsangkan.
Hormon yang banyak dihasilkan oleh lemak ialah estrogen.
Sepertimana kita ketahui, perempuan sahaja yang mempunyai estrogen. Akan
tetapi, lelaki juga mempunyai hormon ini tetapi fungsinya bersifat
mengumpul lemak sahaja. Maksudnya, lemak yang tersedia ada akan
mengumpul lemak-lemak yang baru dan kesannya kuantiti lemak menjadi
banyak dalam tubuh badan lelaki.
Untuk memastikan lemak dapat dipecahkan, pengambilan antiestrogen
dan makanan tambahan atau suplemen berasaskan hormon amatlah penting.
Selepas mengambil antiestrogen barulah lemak dalam tubuh akan pecah.
Tambahan lagi,senaman juga boleh dilakukan dan hasilnya perut mula
kempis.
Estrogent tentukan testeron anda
Dengan melakukan aktiviti berat yang lebih baik akan merasakan
tenaganya meningkat serta stamina bagi lelaki yang mengamalkan suplemen
antiestrogen. Untuk keperluan seks, kestabilan emosi dan tenaga seksual
yang bertambah akan menjadi sebab mereka akan berada pada tahap
maksimum. Lemak akan berkurang apabila pengeluaran estrogen daripada
lemak-lemak itu juga berkurangan. Kuantiti estrogen yang berkurang akan
memberi kesan yang baik kepada seorang lelaki kerana akan menyebabkan
hormon lelaki iaitu testosteron berfungsi dengan baik.
Di samping itu, DHEA dan hormon pertumbuhan (growth hormone) amat
penting kepada lelaki selain hormon utama iaitu testosteron. Untuk
melancarkan metabolisme yang tinggi, hormon tiroid (T3 dan T4) adalah
amat penting. Seseorang itu akan menjadi gemuk dan sukar untuk kurus
mahupun mengamalkan diet yang secukupnya tanpa mempunyai hormon T3 dan
T4. Walau bagaimanapun, hormon testosteron akan rosak kerana mempunyai
kuantiti hormon estrogen yang banyak.
Makanan yang berasaskan tumbuhan juga mengandungi banyak hormon
estrogen yang boleh menambahkan saiz perut seseorang adalah satu fakta
yang perlu kita ketahui. Diet yang berasaskan hanyalah sayuran tidak
akan menjamin seseorang itu untuk kurus. Dan tidak benar untuk seseorang
yang perlu kuruskan badan hanya makan sayur-sayuran sahaja. Setelah
sebulan berdiet seorang teman yang mengamalkan diet sayur-sayuran
mengeluh tidak dapat mengecilkan saiz pinggang.
Kelenjar hormon dapat dirangsang oleh senaman dan gaya hidup yang
sihat agar ia dapat bekerja secara optimum. Darah akan menjadi muda
semula apabila tahap hormon tinggi. Oleh itu, ia akan menghasilkan
keputusan yang memuaskan untuk menjadi seorang yang lebih tampan dan
kacak semula.
No comments:
Post a Comment