Tuesday, April 9, 2013

RAHSIA KULIT KEKAL CANTIK

SELAIN terik panas matahari, kulit manusia juga terdedah dengan pelbagai unsur luar seperti pencemaran, perubahan cuaca dan juga penghawa dingin yang menjadi faktor kulit lebih cepat menua sebelum waktunya.
Ditambah pula dengan merokok dan minum minuman keras, kulit cepat berkedut, kering, kasar, kendur dan juga ditumbuhi jeragat. 

Walaupun kulit bersifat lasak namun jika dibiarkan tanpa pengawalan rapi, daya ketahanannya akan berkurangan dan menimbulkan masalah.

Pelbagai cara dan rawatan dalam pemeliharaan kulit dan antara yang diakui berkesan ialah Imedeen. 

Produk makanan tambahan ini berjaya ditemui selepas dilakukan kajian selama lapan tahun di Switzerland oleh Dr. Dahlgren dan bapanya Dr. Ake Dahlgren. 

Selepas dijalankan kajian oleh pakar dermatologi, Dr Marianne Kieffer, terbukti Imedeen menjadikan kulit lebih licin, tegang dan cantik. Kajiannya dibuktikan dengan penerbitan jurnal dalam Dermatologi dan Venereology di Akedemi Eropah.

Membuktikan Imedeen salah satu cara merawat kulit bermasalah, baru-baru ini pengedar tunggal Imedeen di negara ini, Bionax (M) Sdn. Bhd., telah menjemput Pengurus Pelatih Kosmetik Antarabangsa dan berpusat di Denmark, Linda Larcombe ke negara ini bagi menjelaskan lebih mendalam kebaikan Imedeen.

Menurut Pengarah Urusan Bionax Malaysia, Aileen Chan, selepas 10 tahun di pasaran pihaknya bertambah yakin keupayaan Imedeen dalam memelihara struktur kulit. 

Lantaran itu, kehadiran Linda diharap mengukuhkan lagi kepercayaan orang ramai terhadap produk makanan tambahan ini.

``Imedeen diperbuat daripada pati biomarin yang ditambah vitamin C dan zink mampu membantu kulit kekal sihat, tegang, bersih dan licin. 

``Protein biomarin di dalam Imedeen akan mengukuhkan jalinan kolegan dan serat elastin di dalam kulit sekali gus menahan lembapan kulit daripada berkurangan,'' katanya. 

Hasilnya kata Aileen Chan, kulit akan sentiasa lembap, bercahaya, anjal dan muda.

Beliau juga menjelaskan penggunaan krim atau losyen tangan hanya merawat permukaan kulit tetapi Imedeen merawat kulit daripada dalam dan membawanya ke luar kulit.

``Rawatan kulit sebaiknya bermula daripada dalam. Kolegan yang terbentuk di lapisan dalam kulit jika dibiarkan tanpa pemeliharaan akan berkurangan menyebabkan kulit luar berkedut, kering dan kasar.

``Penggunaan losyen mungkin menghaluskan permukaan luar tetapi tidak bertahan lama. Imedeen pula bertindak membentuk kolegan yang semakin berkurangan dan merangsang keanjalan kulit yang lebih baik,'' jelasnya.

Tambahnya lagi, hasil kajian mendapati Imedeen bukan sahaja baik untuk kulit tetapi turut mencantikkan kuku.

``Jika diamalkan berterusan hanya dengan dua tablet sehari, Imedeen terbukti menjadi anti kedutan dan mencantikkan kuku. 

``Perubahan boleh dilihat daripada bulan ke tiga hingga masuk bulan ke enam daripada tarikh mula diamalkan,''jelasnya

Linda juga mendedahkan pengguna Imedeen juga akan mengalami perubahan dan tampil lebih muda dan berseri. Ini disebabkan garis-garis halus dan kedutan, bintik-bintik pigmentasi akan berkurangan dan menyebabkan warna kulit sekata. 

Bukan sahaja jelas di wajah tetapi di seluruh tubuh. Bagaimana pun Imedeen tidak disyorkan kepada mereka yang mengalami alergi kerana bahan utamanya diperbuat daripada biomarin atau hasil laut.

No comments: