Tindakan segelintir peniaga mahu berjimat dengan
menggunakan minyak masak yang sama berulang kali diibaratkan pembunuh
senyap kepada pembeli.
Pengarah Pusat Pengembangan Keusahawanan dan Pemajuan Profesional,
Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Nordin Abdul Rahman
berkata, penggunaan minyak terpakai menyebabkan peningkatan kadar lemak
tepu yang berbahaya kepada kesihatan.
Menurutnya, kecenderungan peniaga menggunakan semula minyak terpakai
itu dikesan apabila beberapa orang penyelidik UPM yang sedang melakukan
kajian biodiesel mendapati bahan itu begitu sukar ditemui.
“Penyelidik kami tidak dapat bekalan minyak masak tersebut kerana
mendapati peniaga tidak akan membuangnya selepas digunakan, malah ia
dicampur dengan minyak masak baharu.
“Minyak yang diguna semula menyebabkan peningkatan kolesterol serta
serangan penyakit jantung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan
Seminar Kesedaran dan Pembangunan Halal Negeri Selangor 2012 di sini
semalam.
ADA peniaga mahu berjimat menggunakan minyak masak
berulang kali tanpa
mempedulikan kesan sampingan kepada pelanggan.
- Gambar hiasan -
No comments:
Post a Comment