BIJAK dalam subjek Matematik menjadi salah satu kelebihan kanak-kanak yang aktif khususnya mereka yang mengalami obesiti.
Senaman biasa boleh menambah kemampuan kanak-kanak obes, yang
biasanya hanya duduk diam, untuk berfikir, membuat pelbagai rancangan,
bahkan bertambah baik dalam Matematik.
Demikian penemuan oleh pengkaji di Universiti Sains Kesihatan Georgia, Amerika Syarikat (AS).
Mengapa mata pelajaran Matematik? Tidak dijelaskan sebabnya, namun
alasan utama kerana Matematik adalah subjek yang memiliki tahap
kesukaran yang lebih tinggi berbanding mata pelajaran lain.
Para pengkaji juga berharap agar bukan kanak-kanak obes sahaja yang
perlu bersenam setiap hari, bahkan mereka yang bertubuh normal.
Penyelidikan tersebut didasarkan pada kajian ke atas 171 orang
kanak-kanak terlebih berat badan berusia antara tujuh hingga 11 tahun di
AS.
Setelah melakukan senaman setiap hari, terdapat perkembangan yang
sangat signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan mereka dalam
matematik. Menurut laman web Pysch Central, selepas dilakukan imbasan
MRI terhadap otak kanak-kanak tersebut, terdapat peningkatan aktiviti
otak di korteks prefrontal iaitu kawasan yang digunakan untuk berfikir.
Selain itu, kecerdasan otak (IQ) turut bertambah. Semakin kerap
mereka bersenam, semakin tinggi IQ mereka. Rata-rata berlaku peningkatan
sebanyak 3.8 mata untuk mereka yang bersenam selama 40 minit sehari
selama tiga bulan.
Senaman yang dilakukan adalah pelbagai. Ini termasuk berlari, lompat tali dan bersenam.
Semua aktiviti itu juga merangsang otak. Ini memandangkan senaman membuatkan aliran darah serta oksigen ke otak berjalan lancar.
Faktanya, seseorang tidak mungkin boleh bergerak jika otaknya tidak
aktif. Untuk aktif, oksigen diperlukan sekali gus menjadikan kedua-dua
aktiviti dan oksigen saling berkait.
No comments:
Post a Comment