Thursday, April 4, 2013

ANCAMAN SISA BARANGAN ELEKTRONIK



BARANGAN elektronik seperti telefon bimbit perlu dilupuskan secara sistematik bagi mengelak pencemaran alam sekitar. -
 Gambar hiasan

Peningkatan penggunaan barangan elektronik seperti telefon bimbit dan televisyen menyebabkan sisa buangan elektrik dan elektronik di Malaysia bertambah setiap tahun.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas berkata, barangan seperti telefon bimbit dan televisyen mengandungi pelbagai bahan berbahaya seperti toksik, plumbum, raksa dan arsenik yang akan mengeluarkan dioksin apabila dibakar dan boleh menjejaskan alam sekitar serta memudaratkan rakyat jika tidak diuruskan dengan baik seperti menyebabkan penyakit kegagalan otak dan kanser.

No comments: