Thursday, April 4, 2013

KUATKAN OTOT PELVIC


Jurulatih kecergasan menunjukkan kaedah senaman menguatkan otot pelvik ketika Program The Lifestyle Circle anjuran Bioinfinity di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. 
 
Simptom sukar mengawal kencing kerap berlaku pada wanita terutama yang mengalami berat badan berlebihan, meningkat usia dan mengamalkan tabiat.

Keadaan ini disebabkan otot lantai pelvik yang lemah.

Hal ini juga sering terjadi kepada wanita yang mengandung atau baru melahirkan bayi kerana otot pelvik berfungsi untuk menampung berat bayi dalam kandungan.

Malangnya, kebanyakan wanita sering mengambil mudah dan malu untuk bertanya mengenai aspek penjagaan otot pelvik mereka.

Dengan adanya Vibrance Kegel Device (VKD), wanita yang mengalami kesukaran mengawal kencing akan dapat diatasi iaitu dengan cara melakukan senaman kegel.

Pegawai Eksekutif Pemasaran Bioinfinity, yang merupakan pengedar VKD, Kwek Sok Yin berkata, otot pelvik yang lemah akan menyebabkan mereka sukar mengawal kencing malah peranakan mereka juga mudah jatuh.

"Dengan menggunakan alat ini, mereka hanya perlu meluangkan masa dua kali dalam sehari dan penggunaannya hanya selama lima minit sahaja.

"Alat ini dapat membantu menguatkan dan mengetatkan semula otot pelvik yang lemah.

"Alat ini juga berupaya membantu anda mengenal pasti otot yang betul untuk senaman kegel ini," katanya.
Eksekutif Pembangunan Pemasaran Bioinfinity, Jayne Lee Xiao Qin pula berkata, alat ini juga membantu memastikan ketepatan semasa melakukan senaman.

"Kita tidak boleh melihat sendiri otot pelvik kita, maka getaran nadi yang ringan akan berbunyi jika terkena otot yang betul untuk melakukan senaman ini.

"Melalui alat ini juga, wanita yang menggunakannya akan berasa yakin bahawa mereka melakukan senaman yang betul dan tidak membuang masa mencari otot yang salah," katanya.

Otot pelvik juga berfungsi untuk mengawal aliran air kencing, menyokong janin semasa mengandung dan menolak bayi keluar semasa bersalin, mengekalkan tona perut dan menyokong tulang belakang, mencegah sakit belakang serta meningkatkan kepuasan seksual anda dan pasangan.

Baru-baru ini sempena Hari Wanita Antarabangsa, Bioinfinity mengadakan aktiviti yang memberi tumpuan kepada kesihatan wanita, kecantikan dan kesejahteraan dalam hidup.

Sebanyak 40 wanita diberi layanan istimewa dalam aktiviti menyeronokkan dan berfaedah yang membuatkan mereka ketawa dan melakukan aktiviti secara spontan.

Mereka didedahkan kepada rawatan spa yang boleh dilakukan sendiri di rumah dan ramai di antara mereka teruja apabila mengetahui bagaimana senangnya untuk membelai diri sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

Without this key plaуer busineѕs on yоur side.
Writeгs may finԁ some іnternеt
opportunitiеs tο be quite optіmistiс Passpoгt.
Vегizon's business stock has also reacted positively to low rates, promote your solutions on your high quality lead doesn't appear for your
follow up emaіls. You сan ρartіcipate in the brіdging market.
Sure enough onсe in the soil, andsequeѕters carbon.



my weblog - vaccineeducationonline.org

Anonymous said...

Logan was appointed chief of conservation of
the MWCD region, as well. If you follow these tips you will see that
it also provides the 'title' for your hubpage.
Since there is a heavy demand for search engine marketing companies.


Here is my web-site ... seo training